Wednesday, February 13, 2013

Gadis Kucing juga punya rasa okay!!!! =)

Tentang Rasa-Astrid

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Nota kaki: Rasa ini mencengkam batinku. Aku mahu menamparmu sekuat hati buat kesedaranmu. Pang!!!!

Saturday, February 2, 2013

Aku buntu kerana kamu ada, bukan aku ada kerana kamu ada

Jodoh...satu perkataan yang punya seribu makna. Sampai sekarang aku masih buntu. Mungkinkah aku ke sini kerana sesuatu atau lebih spesifik lagi kerana kamu? Aku tak nak sempitkan pemikiran aku. Tapi hingga ke saat ini, terlalu banyak kebetulan-kebetulan yang pelik berkaitan kamu. Ya memang aku suka kamu. Dan kalau kamu pandai menilai, kamu boleh tahu yang aku memang suka kamu. Suka sangat-sangat. But of course aku ada juga rasa malu. Rasa bahawa aku ini perempuan yang perlu menjaga batas yang ada. Sekali aku hilang malu memberikan hadiah dan membuat kamu kenal aku, ditambah pula dengan kiriman email yang entah apa-apa, cukuplah kan.  Aku ada maruah juga. Aku serah segalanya pada Allah.

Ya aku memang bukan perempuan baik. Ada banyak konfilik dalam diri aku. Aku nak jadi baik macam Farah Asyikin yang berubah secara total (surprised with her hijrah, really...awesome). Tapi entah...aku punya banyak alasan kot. Nak buat itu salah. Ini salah. Sudahnya aku kekal je macam sekarang. Masih pakai jeans dengan t-shirt dan selipar tanpa stokin kaki. Tudung pun tak besar mana. Aku sedar itu semua. Ntahlah...Allah, bagilah aku kekuatan untuk benar-benar berubah. Perubahan takkan berlaku tanpa usaha dari diri sendiri. Ahhhhh...aku perlu kuat untuk berubah. Paling penting, aku kena ingat. Bermula aku kerja di sini, aku dah pun berubah. Dan perubahan aku sebenarnya sebelum aku kenal dia lagi. Sebelum aku terpikat pada ketenangan pada wajahnya lagi. Sebelum aku lihat dia menggagau mencari tempat di saf depan lagi. See details yang aku bagi pasal dia? Salahkan tirai surau yang nipis ya...bukan salah aku..hahahhaa...

Gelak, gelak juga. Dilema yang ada ini hanya Allah yang tahu. Aku akan terus berdoa untuk perubahan. Untuk kekuatan buat berdepan segala godaan syaitan dan hawa nafsu. Untuk mampu memahami bahawa aku di sini adalah kerana sesuatu, kalau pun bukan kerana kamu.

Buat kamu yang aku rindu, aku tak kenal kamu. Aku hanya tahu nama kamu, department kamu dan di stesen LRT mana kamu naik untuk ke tempat kerja. Itu sahaja. Tapi itulah, benar kata orang bahawa tidak perlu lama untuk kita jatuh hati pada seseorang. Buktinya adalah aku. Aku memang jatuh hati pada kamu. Aku tak tahu adakah betul tindakan aku ini. Atau adakah berbaloi untuk aku akan perasaan aku ini. Aku hanya mampu berserah padaNya. Aku takkan kacau kamu. Jangan risau. Ini hanya dilema ku yang hanya Allah tahu jawapannya.

Wallahua'lam.