Sunday, October 20, 2013

Yang bernama syukur dan rindu padaNya

Salam kasih sayang. Salam cinta abadi. Salam mesra secukup rasa.

Malam ini aku nak berpuisi seadanya dengan cara aku. Siapa yang boleh layan teruskan membaca. Yang tak minat aku serahkan pada mereka untuk melunaskan hak masing-masing.

Kadang aku buntu
Dalam aku memikirkan nasib
Aku pusing serata dunia berfikir
Kenapa aku tak bahagia
Kenapa aku tak pernah dapat
Apa yang aku nak
Bila aku nak
Aku tak dapat
Bila orang lain nak
Sepantas kilat
Aku cemburu
Cemburu yang bukan saja buta
Malah tak bermata langsung
Betapa buta aku dalam menilai
Betapa dunia bagiku adalah syurga
Hanya harta benda jadi nilaian
Hanya jelitawan dan rupawan jadi pujaan
Sedang aku lupa
Aku masih punya ibu bapa
Bukankah mereka adalah nikmat Allah yang terbesar lepas Islam dan Iman?
Yang bila aku lihat wajah mereka hilang segala gundah
Yang aku tak terbayang apa jadinya tanpa mereka
Aku juga lupa yang aku sihat
Walau selalu hidung aku sumbat
Walau muka aku berjerawat
Walau badan aku terlebih sihat
Ada yang tak tahu aku dulu amat kurus
Ahhh itu kisah lama usah ungkit
Betapa aku lupa untuk melihat ke bawah
Melihat insan yang kurang dari aku
Melihat binatang yang terbiar dan mangu
Syukur aku Ya Allah
Dalam segala khilaf noda dan dosa
Dalam hitam hati nurani aku
Kau tetap bantu
Kau dorong aku
Takkan ada manusia sebaikMu
Hanya Kau dan aku malam ini
Allah ingatkan aku
Akan tugasku

Nota kaki:

Menginsafi bahawa setiap sesuatu yang berlaku bukanlah kebetulan. Allah jualah yang mengaturnya. Marilah bersyukur dan memberi. Aku tak perlukan lagi kekayaan yang bersifat sementara. Biarlah aku hidup seadanya. Orang boleh menilai aku sehabis mana pun. Aku takkan menilai mereka. Sebab aku...bukan Tuhan. Dan aku punya 1001 kelemahan.

Salam. Sangat rindu untuk menulis begini.Betul-betul rindu.