Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun baru

Baru balik dari Perak selepas "outstation" selama 4 hari 3 malam. Terima kasih buat klien kami di atas segala kemudahan, belanja makan dan layanan baik yang anda berikan kepada saya dan Bihah. Mohon maaf di atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata dari kami berdua. Tak boleh sebut nama klien tapi staf hotel panggil "FANAS". Tergelak saya dengan Bihah...ehehehhe

Untuk "post" kali ini, saya rasa terharu bila melihat semula gambar-gambar dalam FB. Gambar bersama kawan-kawan dan keluarga sepanjang tahun ini membuatkan saya berfikir sejenak.Ya, saya tidak pernah keseorangan. Saya ada keluarga dan kawan untuk mengadu nasib jika ditimpa malang. Saya ada mereka untuk saya luahkan rasa gembira. Kalau saya ada minat mana-mana lelaki pun, merekalah orang yang akan saya berkongsi cerita. Sepanjang tahun ini, banyak "tagline" menarik antara kami seperti "kerepek", "si kenit", "Takanori", "budak baik", "Justin Bibir", "hamba Allah", "Melaka" dan banyak lagi lah, anda pun boleh sambung senarai tu jika anda bersama saya sepanjang tahun ini. Setiap "tagline" itu mencerminkan cerita-cerita suka dan duka bersama kalian yang pasti menjadi kenangan abadi. Kalau anda belum cukup mengenali saya, saya seorang yang sangat mengingati sesuatu perkara. Saya tak akan lupa setiap detik dalam hidup saya, baik suka ataupun duka. Malah sifat ini dalam kebanyakan masa, memakan diri sendiri. Bila susah nak melupakan terutamanya perkara buruk, saya cenderung menjadi pendendam. Sebab itulah untuk meneutralkan semuanya, saya cuba memaafkan semua orang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang-Credit to ZZ for this so true statement. =)

Tiba-tiba teringat pasal azam tahun baru. Azam umum saya pastilah ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi, azam khusus saya yang pertama ialah cepat-cepat habiskan ACCA. Lepas borak dengan klien pasal ACCA ni, saya lebih bersemangat nak habiskan exam. Ditambah pula niat nak buat benda lain lepas dapat CA (Perghhh berangan...hahahah)..terus terang, saya tak suka akaun. Statement berani mati dari seorang "auditor" ahahhahaa...sebab itu mesti habis exam cepat-cepat supaya boleh buat benda lain pula lepas ini. Mudah-mudahan dipermudahkan...Amin...

Azam kedua ingin menjadi Muslimah yang lebih baik. Juga cuba memperbaiki tutur kata dengan orang di sekeliling. Ini memang satu cabaran buat saya sebab saya ni bukan jenis lemah lembut. Dah biasa "keras di luar lembut di dalam". Susah sangat nak "lembut di luar lembut di dalam". Haissshhhh...Tak mengapa, usaha itu tangga kejayaan. Yang penting, pasang niat dulu..Insyaallah akan dibantu oleh-Nya.  Selain itu, berbakti kepada ibu bapa selagi ada hayat...Terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu...Hanya Allah mampu membalas jasa mereka.

Azam ketiga resign cepat. Ini lagi satu statement berani mati dari saya.  Azam ketiga ni berkaitan dengan azam pertama. Cuma tak tahu yang mana berjaya dicapai dahulu. Kenapa saya nak resign??? Sebab saya nak resign lah...ehehehe...malas nak cakap banyak, matlamat membeli rumah sebelum umur mencecah 30 tahun harus dicapai. Memang rezeki itu Allah tentukan tapi dengan keadaan sekarang....susah sikit lah....kenapa beli kereta sedangkan duit itu boleh disimpan beli rumah??? Kereta itu kan keperluan...Saya dah rasa betapa bila keadaan mendesak, kemahiran membawa kereta memang sangat-sangat membantu. Buat Nor Sobah Jamirin, kereta bukan untuk shopping je tau...ehehehhe....sori bagi ajaran sesat untuk memotivasikan dirimu...

Masa mencemburui saya..azam terakhir saya-----------> Memecahkan tembok dalam hati. Tembok konkrit berpagar besi yang menghalang cinta dari masuk ke dalamnya. Tembok itu sangat canggih sehingga siap dipasang sistem sekuriti digital dengan CCTV sekali.  Mudah-mudahan ada Putera Shrek yang akan membawa saya keluar dari tembok tersebut. Buat masa ini, tembok itu terlalu kuat. Terlalu sukar ditembusi. Itulah dia...tembok hati saya yang menunggu masa untuk dipecahkan...siapakah Putera Shrek saya yang bisa menyanyikan lagu merdu buat santapan minda sebelum saya tidur? Siapakah Putera Shrek saya yang akan menjadi Imam buat saya dan keluarga kami nanti? Putera Shrek yang boleh menjadi tempat saya sandarkan bahu dan mengalirkan air mata saat saya berduka dan melompat gembira bersama saya bila saya keriangan? Saya tiada jawapan buat masa ini...semoga azam akhirnya akan jadi kenyataan...Amin..

Selamat Tahun Baru.

Thursday, December 22, 2011

Saya, Adam Adli dan Ilmu

Saat saya menulis ini, saya berada di dalam bilik 'big boss' klien kami. Baru lepas makan nasi kerabu (pertama kali makan nasi kerabu yang kuahnya sangat manis...aduhhh...layan jela). Nak sambung kerja, masih menanti dokumen dari klien jadi saya luangkan sedikit masa menajamkan pena di blog.

Minggu ini otak saya cuba menghadamkan isu Adam Adli. Anda kenal Adam Adli? Saya pun baru kenal siapa dia. Budak TESL UPSI yang menurunkan bendera PM kita. Pertama kali saya tengok gambar dia (cari dalam google je...maklumat di hujung jari kan...=) ) saya terus terbayang pemuzik "indie" di Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MUH dll. Tak sangka dia bakal guru. Bagi saya dia memang "cute". Tak jemu melihat wajahnya. Saya sukar nak kata samada saya sokong atau tidak perbuatan dia tapi dari pengalaman saya, memang ada kelompok mahasiswa yang macam beliau. Mahasiswa yang setaraf "Kamikaze" di kampus. Berani melawan pihak pentadbiran universiti, hatta pihak kerajaan sekalipun. Zaman saya dulu, ada seorang pemimpin kami yang namanya saya sangat ingat-Ramadhan Fitri Elias. Sangat vokal dan dikenali malah dibenci oleh TNC kami masa itu, Prof Razali Agus. Bagi saya Ramadhan Fitri memang "legend" walau saya tak kenali beliau dari dekat.

Senang cakap, pernah dengar peribahasa rambut warna hitam, hati lain-lain? Macam itulah mahasiswa di kampus. Ada yang minatnya lebih ke arah seni. Kalau ada Festival Seni, muka mereka pasti ada. Ada pula yang lebih suka belajar di bilik dan kuliah. Orang begini selalu lepak di "library". Ada juga yang suka aktiviti lasak maka hutan-hutan dan gunung-gununglah destinasi mereka atau paling kurang pun wall-climbing atau berbasikal kat mana-mana. Termasuk dalam golongan mahasiswa ini adalah mereka yang suka politik. Atau mahasiswa yang benci bila hala tuju hidup mereka cuba ditentukan oleh pihak lain. Buat ini salah, buat itu salah. Maka lahirlah Adam Adli 1, Adam Adli 2 dan seterusnya. Bagi diri saya sendiri, minat dan kehendak mahasiswa tak boleh dipaksa. Selagi mereka tak mengabaikan pelajaran, biarlah mereka buat apa yang mereka suka. Janji tak malukan keluarga. Janji tak melampaui syariat agama.

Pokok pangkalnya keseimbangan. Buat apa pandai akademik tapi bodoh bila berkomunikasi. Terlalu lurus mengikut acuan buku pun merugikan juga. Lebih baik biar mereka "explore" dunia kampus sepuas-puasnya. Dari situ mereka tahu baik buruknya sesuatu tindakan. Berapa ramai mahasiswa pandai merosakkan diri dengan "kantoi" bersama pasangan di hotel? Berapa ramai mahasiswa pandai yang "kantoi" merempit dan mengambil dadah? Begitu juga mahasiswa pandai yang lupa jasa ibu bapa dan berhenti dari pengajian kerana lari bersama pasangan akibat ibu bapa tak merestui hubungan mereka? Hal ini kita baca dalam akhbar tiap-tiap hari. Semua mahasiswa adalah pandai. Jika tidak mereka takkan masuk universiti. Tapi definisi pandai bagi saya adalah pandai menjaga diri. Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Masa belajar kita belajar. Masa berpersatuan dan berpolitik kita berpolitik. Masa berhibur kita pergilah "karok" atau "shopping" kat mana pun. Masa beribadat jangan pula kita lupa. Ilmu agama pun kena cari juga.Syarat utama setiap aktiviti itu satu saja-Don't go overboard. Bila lupa batas agama dan adat masyarakat, hancurlah mahasiswa itu. Tak apa, boleh bangkit semula cuma, keadaan tidak akan sama lagi. Maka, fikirlah sebelum mengambil apa saja tindakan. Prioritize is the word for all mahasiswa.

Wahhhh...banyak saya menulis hari ini pasal mahasiswa. Sebab apa? Sebab saya dah rasa bila minda dikongkong. Bila melihat kawan-kawan yang baik-baik belaka dibuang kolej hanya kerana perbezaan pendirian politik, hati jadi sakit. Tapi saya sabar. Saya nekad saya akan habiskan 4 tahun pengajian tanpa terlibat dalam apa-apa politik kampus mahupun luar kampus. Tapi saya tak biarkan otak berkarat tanpa pengetahuan mengenai isu semasa. Saya baca semua (semua ke? Rasanya tak larat nak baca semua..ahahha) akhbar dan bahan bacaan lain "mainstream" mahupun "alternative". Hasilnya, saya puas hati dengan apa saja keputusan yang saya ambil sebab saya dah buat kajian yang mencukupi. Sekarang, saya sudah mampu menilai sesuatu isu tanpa rasa "bias". Pokok pangkalnya, jadilah orang berilmu kerana orang bukan sahaja menilai kita dari aspek luaran tetapi juga dari setiap patah kata yang keluar dari mulut kita. Biar kata-kata yang keluar dari mulut kita itu meski ada unsur jenaka mahupun agak bodoh, tetap dipandang ilmiah dan orang lain boleh hormat pada kita. Jangan mencemuh membuta tuli kerana ditakuti kelak memakan diri. Belajarlah menghormati pendirian orang lain juga. Zaman ini zaman teknologi, namun jangan biar teknologi menghakis adab dan budi bahasa kita. Di saat begitu ramai bijak pandai di sekeliling kita, ternyata orang bijak pandai + berbudi bahasa lebih dipandang mulia.

Jadi apakah pilihan kita? Tepuk dada tanya iman...=) Saya pun sedang cuba menambah ilmu juga...jom!!!

Nota kaki:

Saya rindukan seseorang.Fullstop.

Friday, December 9, 2011

Dalam gembira ada duka...itulah manusia...peringatan buat diri sendiri

Salam 1 Malaysia...saya kini bersiaran di pejabat kesayangan saya di Jalan Yap Kwan Seng. Tengah cuti exam tapi gagahkan juga ke pejabat sebab ada kerja belum habis. Mak saya berleter juga tapi nak buat macam mana...huhuhuh...minggu ni baru sempat update blog sebab macam-macam event berlaku..dari majlis BBQ Papa Hero (Mood baik dan gembira) kepada pengebumian Nek Busu (Mood sedih) hinggalah ke sesi memanjakan diri bersama Hafsah semalam, rasanya tak serupa orang nak exam pun saya...adehhh...

Majlis BBQ Papa Hero
Saya berjaya pujuk adik lelaki kesayangan jadi drebar ke Semenyih. Agak jauh perjalanan sebab pertama kali sampai. Sampai-sampai je rasa pelik sebab selama ni kenal di FB je. Tapi kucing-kucing yang comel telah menyatukan kami dalam suasana yang harmoni gitu...kenangan paling tak boleh dilupa bila Hero aka Iyo gigit saya. Mereka-mereka yang ada tak warning Iyo tengah bad mood..sekali hamekkk kau....kenangan manis gitu...Muahhhhhh to Iyo...love Iyo...Juga dapat jumpa si Kembar Along dan Angah dan Mama Hero...sweet banget mereka...nice to know you and also others di majlis tersebut...=) semoga akan ada perjumpaan sebegitu kelak..Insyaallah...

Pemergian Nek Busu
Saya tak lah rapat sangat dengan arwah tapi saya tahu mak ayah dan pakcik makcik semua rapat dengan arwah. Lepas ini tak adalah lagi rendang itik kegemaran kami di pagi raya. Entahlah...yang pasti, kehadiran ramai saudara-mara hari tu memang membuktikan sesuatu-arwah memang baik budi pekerti. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmatNya..Amin...Al-Fatihah buat arwah..

Memanjakan diri hanya dengan RM48
Pernah dengar Milkadeal? Berbaloi-baloi beb...hanya dengan Rm48 saya telah memanjakan diri selama 3 jam...rasa best sangat...tapi nak ambil pakej dia, rasanya belum tiba masanya...hati rasa nak tapi kewangan tak mengizinkan....adehhh...thanks Hafsah for the time spent...

Itulah antara aktiviti berguna saya minggu ini...aktiviti orang bujang...(Hafsah dah kahwin)..saya saja yang bujang...bila orang tanya tak rasa nak kahwin ke? Bila lagi? Saya pun tak tahu nak jawab apa. Memang ada jawapan standard tapi hati ni rasa macam nak enjoy dengan kawan-kawan je. Entahlah...mungkin hajat untuk pilihan hati saya terlalu tinggi? Susah sangat ke nak cari lelaki yang tak suka couple? Susah sangat ke nak cari lelaki yang tak suka usung anak dara orang siang malam pagi petang? Susah sangat ke nak cari lelaki yang tengok kita terus suka tapi nak mencintai kita seumur hidup melalui ikatan yang berkat? Lelaki yang tidak perlukan 5 atau 10 tahun untuk mengenali kita, tetapi kemudiannya jemu dengan kita lepas kahwin???Mungkin saya fikir terlalu banyak...hahahha....layan....saya tahu saya tak sempurna tapi mungkin ada lelaki yang sedikit baik dari saya untuk bimbing saya ke jalan yang lebih baik...Takpelah..saya serahkan padaNya saja...peristiwa membeli kereta menjadi panduan untuk saya..Bila masanya dah tiba, macam sekelip mata saja kereta dah ada depan rumah..punyalah senang segala urusan masa tu...

Saya mahu balik rumah...mahu melayan anak bulus yang comel...anak2 kesayangan mama...mungkin mereka je yang faham saya setakat ini...heheheh...daaaaa....salam 1 Malaysia...

***Benci orang yang menghantar replika TAIK pada Mr Lim Guan Eng...sangat tak bertamadun dan tidak mencerminkan Islam. No wonder ramai yang memilih untuk murtad...sebab orang Islam sendiri gagal menunjukkan contoh Islam sebenar...suka membaca temubual wartawan The Sun, Zakiah Koya dengan pemimpin PAS Kelantan mengenai Hudud...betapa Hudud telah terlalu banyak diburukkan oleh orang Islam sendiri..ahhhh...seronoknya membaca artikel bermanfaat sebegitu...adakah itu membuatkan saya anti-kerajaan dan sokong pembangkang..hanya orang jumud pemikiran gagal mentafsir bahawa yang dibenci bukanlah kerajaan mahupun pembangkang tetapi pemimpin yang korup...sebab???sesiapapun boleh jadi kerajaan...saya bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh kerajaan tapi apa yang perlu saya buat bila Laporan Audit Negara menunjukkan perkara-perkara negatif? duduk diam-diam dalam rumah???Tunggu....saya tahu apa yang baik untuk saya..harapnya anda juga begitu...teruskan membaca dan jangan sempitkan pemikiran..Insyaallah anda akan dapat lebih banyak pengetahuan...baik ianya pasal politik, hiburan,pengetahuan am, agama, isu semasa dan setempat dan sebagainya...selamat membaca kawan2...=)