Thursday, December 22, 2011

Saya, Adam Adli dan Ilmu

Saat saya menulis ini, saya berada di dalam bilik 'big boss' klien kami. Baru lepas makan nasi kerabu (pertama kali makan nasi kerabu yang kuahnya sangat manis...aduhhh...layan jela). Nak sambung kerja, masih menanti dokumen dari klien jadi saya luangkan sedikit masa menajamkan pena di blog.

Minggu ini otak saya cuba menghadamkan isu Adam Adli. Anda kenal Adam Adli? Saya pun baru kenal siapa dia. Budak TESL UPSI yang menurunkan bendera PM kita. Pertama kali saya tengok gambar dia (cari dalam google je...maklumat di hujung jari kan...=) ) saya terus terbayang pemuzik "indie" di Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MUH dll. Tak sangka dia bakal guru. Bagi saya dia memang "cute". Tak jemu melihat wajahnya. Saya sukar nak kata samada saya sokong atau tidak perbuatan dia tapi dari pengalaman saya, memang ada kelompok mahasiswa yang macam beliau. Mahasiswa yang setaraf "Kamikaze" di kampus. Berani melawan pihak pentadbiran universiti, hatta pihak kerajaan sekalipun. Zaman saya dulu, ada seorang pemimpin kami yang namanya saya sangat ingat-Ramadhan Fitri Elias. Sangat vokal dan dikenali malah dibenci oleh TNC kami masa itu, Prof Razali Agus. Bagi saya Ramadhan Fitri memang "legend" walau saya tak kenali beliau dari dekat.

Senang cakap, pernah dengar peribahasa rambut warna hitam, hati lain-lain? Macam itulah mahasiswa di kampus. Ada yang minatnya lebih ke arah seni. Kalau ada Festival Seni, muka mereka pasti ada. Ada pula yang lebih suka belajar di bilik dan kuliah. Orang begini selalu lepak di "library". Ada juga yang suka aktiviti lasak maka hutan-hutan dan gunung-gununglah destinasi mereka atau paling kurang pun wall-climbing atau berbasikal kat mana-mana. Termasuk dalam golongan mahasiswa ini adalah mereka yang suka politik. Atau mahasiswa yang benci bila hala tuju hidup mereka cuba ditentukan oleh pihak lain. Buat ini salah, buat itu salah. Maka lahirlah Adam Adli 1, Adam Adli 2 dan seterusnya. Bagi diri saya sendiri, minat dan kehendak mahasiswa tak boleh dipaksa. Selagi mereka tak mengabaikan pelajaran, biarlah mereka buat apa yang mereka suka. Janji tak malukan keluarga. Janji tak melampaui syariat agama.

Pokok pangkalnya keseimbangan. Buat apa pandai akademik tapi bodoh bila berkomunikasi. Terlalu lurus mengikut acuan buku pun merugikan juga. Lebih baik biar mereka "explore" dunia kampus sepuas-puasnya. Dari situ mereka tahu baik buruknya sesuatu tindakan. Berapa ramai mahasiswa pandai merosakkan diri dengan "kantoi" bersama pasangan di hotel? Berapa ramai mahasiswa pandai yang "kantoi" merempit dan mengambil dadah? Begitu juga mahasiswa pandai yang lupa jasa ibu bapa dan berhenti dari pengajian kerana lari bersama pasangan akibat ibu bapa tak merestui hubungan mereka? Hal ini kita baca dalam akhbar tiap-tiap hari. Semua mahasiswa adalah pandai. Jika tidak mereka takkan masuk universiti. Tapi definisi pandai bagi saya adalah pandai menjaga diri. Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Masa belajar kita belajar. Masa berpersatuan dan berpolitik kita berpolitik. Masa berhibur kita pergilah "karok" atau "shopping" kat mana pun. Masa beribadat jangan pula kita lupa. Ilmu agama pun kena cari juga.Syarat utama setiap aktiviti itu satu saja-Don't go overboard. Bila lupa batas agama dan adat masyarakat, hancurlah mahasiswa itu. Tak apa, boleh bangkit semula cuma, keadaan tidak akan sama lagi. Maka, fikirlah sebelum mengambil apa saja tindakan. Prioritize is the word for all mahasiswa.

Wahhhh...banyak saya menulis hari ini pasal mahasiswa. Sebab apa? Sebab saya dah rasa bila minda dikongkong. Bila melihat kawan-kawan yang baik-baik belaka dibuang kolej hanya kerana perbezaan pendirian politik, hati jadi sakit. Tapi saya sabar. Saya nekad saya akan habiskan 4 tahun pengajian tanpa terlibat dalam apa-apa politik kampus mahupun luar kampus. Tapi saya tak biarkan otak berkarat tanpa pengetahuan mengenai isu semasa. Saya baca semua (semua ke? Rasanya tak larat nak baca semua..ahahha) akhbar dan bahan bacaan lain "mainstream" mahupun "alternative". Hasilnya, saya puas hati dengan apa saja keputusan yang saya ambil sebab saya dah buat kajian yang mencukupi. Sekarang, saya sudah mampu menilai sesuatu isu tanpa rasa "bias". Pokok pangkalnya, jadilah orang berilmu kerana orang bukan sahaja menilai kita dari aspek luaran tetapi juga dari setiap patah kata yang keluar dari mulut kita. Biar kata-kata yang keluar dari mulut kita itu meski ada unsur jenaka mahupun agak bodoh, tetap dipandang ilmiah dan orang lain boleh hormat pada kita. Jangan mencemuh membuta tuli kerana ditakuti kelak memakan diri. Belajarlah menghormati pendirian orang lain juga. Zaman ini zaman teknologi, namun jangan biar teknologi menghakis adab dan budi bahasa kita. Di saat begitu ramai bijak pandai di sekeliling kita, ternyata orang bijak pandai + berbudi bahasa lebih dipandang mulia.

Jadi apakah pilihan kita? Tepuk dada tanya iman...=) Saya pun sedang cuba menambah ilmu juga...jom!!!

Nota kaki:

Saya rindukan seseorang.Fullstop.

1 comment:

  1. hehheheh~gud2..tp 1 je soalann..SAPEKAHHH gerangan orangyg diRINDUIIII...kepingann tauu bukk....hihihi

    ReplyDelete