Tuesday, October 23, 2012

From MyBank to Miri-Brunei with lots of love

Hi! Sudah lama tak update blog. Post terakhir saya adalah pada 28 Februari 2012. Tarikh yang agak signifikan dalam hidup saya selama beberapa tahun yang lepas. Sekarang tidak lagi kerana saya sudah punya banyak benda lain nak fikir. Tak perlu lagi fikirkan insan yang tidak fikir pasal kita, betul?

Bulan Mei saya mulakan hidup baru di Mybank. Saya malas nak guna nama sebenar lebih-lebih lagi sejak kes "kerana nama syarikat itu saya dibuang dari team". No way. Even FB pun saya dah malas nak add ramai orang sebab risiko insan hasad dengki tetap ada. Bukan paranoid tapi berhati-hati. Mencegah adalah lebih baik, bukan?

Kerja agak stres sebab semuanya masih baru buat saya. Saya diminta bersifat kritis sentiasa dan boleh memberi komen membina kepada bos saya. Syarat yang agak tinggi untuk saya yang tiada pengalaman kerja di bank. Rasanya saya boleh buat, tapi ambil masa sikit. Moga semuanya mudah Inshaallah. Pasal masa kualiti bersama keluarga dan kawan-kawan, memang superb!!! Hari minggu sudah tiada gangguan. Hari bekerja setakat ini paling lewat pun pukul 9. Masa depan tak tahu lagi. Kesimpulannya saya enjoy kerja di MyBank cuma perlu berusaha lebih keras. Oh yeah!!!

Kita skip cerita tak penting. Mari kita ke Miri-Brunei oh yeah!!!

BTW, gambar kredit kepada Miracle Miri Travel & Tour (Facebook) kemudian diberi pandang sisi oleh saya. Layannnnn...zassssss



Sebelum bertolak ke Brunei dari Miri. Look at all the happy faces!!! Gambar diambil oleh En. Hafidz tourist guide kami. Tak lupa, van dipandu oleh En. Nong. Terima kasih En. Nong walaupun gambar anda tiada. Anda memang sempoi. 




Picture speaks thousand words, betul? Macam pic di atas. Itulah kami dengan En. Hafidz, tourist guide kami yang sempoi dan fleksibel. Awal-awal saya dah roger kawan-kawan, he's not single!! Hahahhaha.


Antara masjid paling indah pernah saya lihat. Gadis manis di tepi itu ialah Raihana Voguel. 



Gadis-gadis manis bercanda di pagar masjid Omar Ali Saifudin. All single and available except Noraini a.k.a Sawiyah kui3...


Grand Old Lady time!!!Tempat minyak pertama di Miri. Tapi kami tak terfikir pula nak baca kenapa ianya dipanggil Grand Old Lady.  Yang pasti, we ols bukan old lady, we ols all single ladies put your hands in the air!!


Bahagian bajet (3 hari 2 malam):

Tiket flight untuk 5 orang ke/dari Miri - RM1,050 (RM210 per pax-Exclude insurance and meal, add seat RM6 per pax)
Tiket bas Skybus - RM100 (RM10 x 2 ways x 5 pax)
Hotel (Apartment@Imperial Hotel) - RM650 (2 nights)
Tourist guide - RM1,300 (RM260 per pax)
Total - RM3,100 (RM620 per pax)
**Trip ini kami tak include daily meal dalam bajet. Satu sebab tak sempat nak buat bajet, semua ad-hoc!!! Kedua, trip ini mempunyai dua currency. Mungkin tak praktikal kot.


Bahagian itinerary:

Sabtu-20 Oktober 2012

-Setel di Miri Airport sekitar 3.45 pm
-Check in hotel-Imperial Hotel
-Pasar Malam Saberkas, Miri. Makan di Bulatan Cafe
-Setel di hotel dan ZZZZZZZZZZZZ

Ahad-21 Oktober 2012

-Breakfast with Pok Din (Raihana Voguel's friend) di Madlis
-Bertolak ke Brunei sekitar 10.00 am. Sampai Bandar Sri Begawan sekitar 12.00 pm
-Royal Regalia Building
-Lunch Nasi Katok
-Masjid Omar Ali Saifudin
-Ronda Kampung Ayer via boat + Nakhoda Manis + Proboscis monkey visit
-Pasar Malam Gadong, Brunei
-Empire Hotel = Hotel paling grand di Brunei
-2 jam perjalanan balik ke Miri. Setel di hotel dan ZZZZZZZZZZZZ

Isnin-22 Oktober 2012

-Breakfast and check out hotel
-Mulakan Miri city tour sekitar 10.30 am. Nana and Qalesya ikut sekali (family En. Hafidz)
-Taman Awam Miri
-Grand Old Lady
-Beli handicraft di Majlis Bandaraya Miri tak silap (lupa nama tempat)
-Lunch Nasi Lelapan di Restoran Muara.
-Beli kek lapis dan kuih cincin di Kedai Siti Payung (proudly owned by En. Hafidz)
-Tamu Muhibbah, Miri. Kenal buah tampoi, dabai dan durian merah. Ada juga ikan terubuk masin dan lain-lain makanan tradisi Sarawak
-Singgah Esplanade
-Singgah Marina Bay
-Bertolak ke KL sekitar 3.50pm dan sampai KL sekitar 6.00 pm


*Simple bukan itinerary kami? Kami puas hati sangat dengan trip kali ini. Semuanya lancar, Alhamdulillah.

**Buat En. Hafidz, terima kasih atas segala pertolongan. Semoga bisnes anda akan terus maju. Anda kreatif dalam berniaga. Contoh usahawan muda yang berjaya Inshaallah. Semoga jumpa lagi dan maaf kalau kami semua nakal2 belaka. =)

***Buat all single ladies, mula fikirkan trip kita seterusnya. Harapnya Che Pah and Aini pula yang lead tau...=)

**** Dalam setiap event ada ingat kamu. Wallahua'lam. Serahkan padaNya.

Adios....



Sunday, March 11, 2012

Hidup baru, yang lama jangan dilupa

Dalam sibuk bekerja akhirnya sempat kumelakarkan sesuatu di sini. Anggap saja tulisan ini sebagai usaha untuk merehatkan minda. Membawa diri pergi ke dunia selain kerja, barang sebentar. Baru tadi berkesempatan makan nasi lemak Old Town istimewa ayam kecik dengan ATJ, NFS dan NSJ. Gugurls memang rock anytime, anywhere. =)

Asalnya saya dah rancang nak update blog pada 28 Februari lalu tapi masa tak mengizinkan. Selamat Hari Lahir buat anda, wahai En Rosli. Saya tak akan wish anda lagi meski saya boleh berbuat demikian. Saya hanya wish di sini saja. Tahniah atas kelahiran ketiga anak anda.

Saya dah tender. Dalam masa 2 bulan Insyaallah saya akan jadi warga Maybank (bila nak jadi MyBank ni??huhuhu). Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja. Akhirnya lepas beberapa tahun menunggu, saya berjaya. Semasa tertekan di KHR sebab kerja banyak, memang nak sangat resign dan tak nak mereput di KHR. Bila masanya dah tiba, perasaan jadi campur. Sebak ada, gembira pun ada. Sebak sebab saya rasa dari segi environment, KHR memang terbaik. Mana mungkin saya mencari sahabat-sahabat kerja yang gila-gila dan memahami satu sama lain. Jangan risau, saya tak pernah menilai keburukan kalian sebab saya sendiri banyak keburukan dan kelemahan. Yang baik saya jadikan ikutan, yang kurang baik saya jadikan tauladan untuk masa hadapan, Insyaallah. Di KHR saya banyak belajar menjadi insan yang lebih tabah dan berpengetahuan. Segala tunjuk ajar tak mungkin akan saya sia-siakan. Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian.

Pasal gembira, of course saya rasa gembira sebab setakat pengetahuan saya, saya dah berjaya mendapatkan kerja yang saya rasa sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman saya seadanya. Gaji bukan penentu utama buat saya. Saya cuma mahukan kerja yang sesuai dengan bidang saya dan pada masa yang sama, menjanjikan masa kualiti bersama keluarga. Mungkin juga masa yang lebih untuk saya memikirkan mengenai masa depan yang lebih bermakna dengan pasangan hidup saya (tinggi angan-anganku bukan???ngeh3) Pasal jodoh ni, bibir hanya mampu mengukir bicara namun pengakhirannya Allah jua yang tentukan. Itu saya pegang sampai bila-bila. Saya akan menuggu dan terus menunggu saat itu. Insyaallah...

Nak juga menghapdet pasal anak-anak saya yang comel, Olive dan Tiger. Sekarang saya dah ada pengganti Baby dan Putih. Olive sangat slim dan lembut. Tiger pula persis kucing hutan. Garang masa makan. Apa pun, membelai mereka memang menenangkan jiwa saya. Meski pun mereka banyak menghadiahkan saya dengan "kek coklat" yang harum dan "air oren" yang baunya boleh tahan, tak mengapa..Sebab mereka buat saya bahagia..Allah lebih tahu...Mama sayang kalian berdua...=)

Wan Ameerah: Selamat bekerja di A GRO bank..di Sabah sudah kah???

Nurul Hasna Isa: Janganlah bersedih...masamu akan tiba jua...=) kenangan bersama tak mungkin kulupa..perghhhh

All single ladies: Mudah-mudahan trip kita berjaya...aku nak berbikini!!!   Muslimah version of course!!! =)

Kawan lain yang sudah berkahwin: Ketahuilah saya sangat rindu akan kalian. Saya bukan malas nak contact kalian. Saya cuma takut mengganggu kalian atau pun saya takut saya sendiri akan sentap melihat kehidupan kalian. Minggu lepas pun hampir menitis air mata melihat anak kalian sedangkan saya masih merangkak mencari makna hidup ini. Maka, maafkanlah saya jika saya banyak mendiamkan diri. Doa saya, kalian bahagia dengan hidup kalian.

Kawan lain yang belum berkahwin: Hidup ini jauh lebih bermakna jika kita tahu menikmatinya. Marilah kita berusaha menjadi lebih baik di saat kita masih single. Mudah-mudahan cukup untuk buat bekalan lepas kahwin kelak, Insyaallah. Kalau rasa bosan dan perlukan teman, roger lah saya. ngeh333333

Tamat....adiossssss...





Thursday, January 26, 2012

English mood dari Miss Meen

Salam...today is English day so I want to speak English okay....

Actually I have several (read a lot) activities (read works) to be completed within this month. Not to forget, I need to entertain some creepy clients who think he/she is unbeatable. Sorry my dear client, I respect you from my profesional perspective but from personal perspective, you have failed to gain my respect. Did I mention any names? No right? "Selamat..."=)

Have you read about the sounds heard worldwide on 16/1/2012? I just feel the issue as quite interesting. Quite a number of theories emerge following the sound but as a Muslim, I believe that whatever it is, Allah knows best, Insyaallah...But to be honest, the sound has sent me shivers, okay....huhuhuhu


This Saturday Insyaallah, a new white cat will officially be part of our family. Following the disapperarance of Baby and Putih, my brother, my youngest sister have been totally mad. It's like, we're horny and in high need of fur kitties, you know. It may sounds crazy but yes, we really can't live without kitties in our house. Cuddling the fur kitties really is a therapy to us...Ahhhhh...I can't desribe how it feels..Perhaps you should adopt them first to feel it...hehehe..Adopt, don't buy. Stop backyard breeding by adopting stray cats. Any kind of cats can be strays; Siamese, Parsi, Munchkin (lucky to have hahaha), domestic short/long hair etc. So let's adopt and love them dearly, will ya????Whatever it is, I hope to really take good care of the new kitty. Hopefully everything goes well, Insyaallah...

*When is the general election? My hands are itchy...don't know why....=)

*Bedak sejuk mission has started..If it is successful, I shall promote it to all my friends...Insyaallah

*Soulmate searching is also on the go. I am still new to such method but hopefully everything ends well...Insyaallah..

*Blackberry in the making????Will consider..not because of him, but for myself...we'll see.....

* Miss my old days at UM. English day in Kolej Kediaman Keempat UM was called "Bubble Day". Even makcik dewan makan must speak English...Fun isn't it?

*En. Rosli...hope you find your way..hope you live a happy life everyday...hope Allah's blessing be with you and your family. It's really weird but whatever it is, I am happy to know you...Hope to meet you one day...Insyaallah...

Okay, back to work...or should I say home sweet home??? It's 9.55 pm now...

Monday, January 9, 2012

Puisi buat dirimu-Dr Wan Azizah

Bagai bunga yang mekar
Indah sungguh dirimu 
Bagai ratu yang segar
Kamu tetap cantik di hatiku
Bagai sutera hatimu
Namun kau tetap kukuh
Ibu, kau contoh sejati
Isteri, kau tetap sehati
Walau berjuta badai mendekati
Meski dunia mengeji
Kau tetap teguh menanti
Kau selamanya idola buat ku
Dr Wan Azizah