Tuesday, October 23, 2012

From MyBank to Miri-Brunei with lots of love

Hi! Sudah lama tak update blog. Post terakhir saya adalah pada 28 Februari 2012. Tarikh yang agak signifikan dalam hidup saya selama beberapa tahun yang lepas. Sekarang tidak lagi kerana saya sudah punya banyak benda lain nak fikir. Tak perlu lagi fikirkan insan yang tidak fikir pasal kita, betul?

Bulan Mei saya mulakan hidup baru di Mybank. Saya malas nak guna nama sebenar lebih-lebih lagi sejak kes "kerana nama syarikat itu saya dibuang dari team". No way. Even FB pun saya dah malas nak add ramai orang sebab risiko insan hasad dengki tetap ada. Bukan paranoid tapi berhati-hati. Mencegah adalah lebih baik, bukan?

Kerja agak stres sebab semuanya masih baru buat saya. Saya diminta bersifat kritis sentiasa dan boleh memberi komen membina kepada bos saya. Syarat yang agak tinggi untuk saya yang tiada pengalaman kerja di bank. Rasanya saya boleh buat, tapi ambil masa sikit. Moga semuanya mudah Inshaallah. Pasal masa kualiti bersama keluarga dan kawan-kawan, memang superb!!! Hari minggu sudah tiada gangguan. Hari bekerja setakat ini paling lewat pun pukul 9. Masa depan tak tahu lagi. Kesimpulannya saya enjoy kerja di MyBank cuma perlu berusaha lebih keras. Oh yeah!!!

Kita skip cerita tak penting. Mari kita ke Miri-Brunei oh yeah!!!

BTW, gambar kredit kepada Miracle Miri Travel & Tour (Facebook) kemudian diberi pandang sisi oleh saya. Layannnnn...zassssss



Sebelum bertolak ke Brunei dari Miri. Look at all the happy faces!!! Gambar diambil oleh En. Hafidz tourist guide kami. Tak lupa, van dipandu oleh En. Nong. Terima kasih En. Nong walaupun gambar anda tiada. Anda memang sempoi. 




Picture speaks thousand words, betul? Macam pic di atas. Itulah kami dengan En. Hafidz, tourist guide kami yang sempoi dan fleksibel. Awal-awal saya dah roger kawan-kawan, he's not single!! Hahahhaha.


Antara masjid paling indah pernah saya lihat. Gadis manis di tepi itu ialah Raihana Voguel. 



Gadis-gadis manis bercanda di pagar masjid Omar Ali Saifudin. All single and available except Noraini a.k.a Sawiyah kui3...


Grand Old Lady time!!!Tempat minyak pertama di Miri. Tapi kami tak terfikir pula nak baca kenapa ianya dipanggil Grand Old Lady.  Yang pasti, we ols bukan old lady, we ols all single ladies put your hands in the air!!


Bahagian bajet (3 hari 2 malam):

Tiket flight untuk 5 orang ke/dari Miri - RM1,050 (RM210 per pax-Exclude insurance and meal, add seat RM6 per pax)
Tiket bas Skybus - RM100 (RM10 x 2 ways x 5 pax)
Hotel (Apartment@Imperial Hotel) - RM650 (2 nights)
Tourist guide - RM1,300 (RM260 per pax)
Total - RM3,100 (RM620 per pax)
**Trip ini kami tak include daily meal dalam bajet. Satu sebab tak sempat nak buat bajet, semua ad-hoc!!! Kedua, trip ini mempunyai dua currency. Mungkin tak praktikal kot.


Bahagian itinerary:

Sabtu-20 Oktober 2012

-Setel di Miri Airport sekitar 3.45 pm
-Check in hotel-Imperial Hotel
-Pasar Malam Saberkas, Miri. Makan di Bulatan Cafe
-Setel di hotel dan ZZZZZZZZZZZZ

Ahad-21 Oktober 2012

-Breakfast with Pok Din (Raihana Voguel's friend) di Madlis
-Bertolak ke Brunei sekitar 10.00 am. Sampai Bandar Sri Begawan sekitar 12.00 pm
-Royal Regalia Building
-Lunch Nasi Katok
-Masjid Omar Ali Saifudin
-Ronda Kampung Ayer via boat + Nakhoda Manis + Proboscis monkey visit
-Pasar Malam Gadong, Brunei
-Empire Hotel = Hotel paling grand di Brunei
-2 jam perjalanan balik ke Miri. Setel di hotel dan ZZZZZZZZZZZZ

Isnin-22 Oktober 2012

-Breakfast and check out hotel
-Mulakan Miri city tour sekitar 10.30 am. Nana and Qalesya ikut sekali (family En. Hafidz)
-Taman Awam Miri
-Grand Old Lady
-Beli handicraft di Majlis Bandaraya Miri tak silap (lupa nama tempat)
-Lunch Nasi Lelapan di Restoran Muara.
-Beli kek lapis dan kuih cincin di Kedai Siti Payung (proudly owned by En. Hafidz)
-Tamu Muhibbah, Miri. Kenal buah tampoi, dabai dan durian merah. Ada juga ikan terubuk masin dan lain-lain makanan tradisi Sarawak
-Singgah Esplanade
-Singgah Marina Bay
-Bertolak ke KL sekitar 3.50pm dan sampai KL sekitar 6.00 pm


*Simple bukan itinerary kami? Kami puas hati sangat dengan trip kali ini. Semuanya lancar, Alhamdulillah.

**Buat En. Hafidz, terima kasih atas segala pertolongan. Semoga bisnes anda akan terus maju. Anda kreatif dalam berniaga. Contoh usahawan muda yang berjaya Inshaallah. Semoga jumpa lagi dan maaf kalau kami semua nakal2 belaka. =)

***Buat all single ladies, mula fikirkan trip kita seterusnya. Harapnya Che Pah and Aini pula yang lead tau...=)

**** Dalam setiap event ada ingat kamu. Wallahua'lam. Serahkan padaNya.

Adios....



1 comment: