Saturday, May 30, 2015

Melaka trip-Philea Resort & Spa

Salam. Aku nak kongsi tentang trip ke Melaka i.e. sesi self-therapy di hotel 5 bintang-Philea Resort & Spa pada 9/5/2015 - 10/5/2015 yang lalu. Aku akan bahagikan kepada 4 aspek penting untuk panduan kalian:

1) Hotel
2) Pengangkutan
3) Makanan
4) Kos

1) Hotel

Kami beli pakej resort dari Groupon dengan harga RM320. Pakej termasuk Pavilion room, sarapan pagi dan complimentary ice cream. Disebabkan kami pergi bertiga, aku pun tambah 1 extra bed yang kosnya RM130 (termasuk sarapan pagi).

Servis memang terbaik. Tak seperti hotel biasa, kami terpesona dengan usaha pihak resort menyiapkan segala-galanya dalam bilik untuk 3 orang. Contoh, katil, selipar, toiletries, tuala semuanya untuk 3 orang. Setakat pengalaman aku, kalau kita minta extra bed, hotel biasanya bagi hanya extra bed. Yang lain kita kena minta berasingan, bukan hotel terus sediakan. Malah ice cream pun kami dapat untuk 3 orang, tanpa perlu kami bertanya (sebab pakej Groupon cakap ice cream hanya untuk 2 orang saja). Tak kisahlah. Semua itu dah termasuk dalam kos yang kami bayar tapi yang lebih penting servis yang kami terima memang memuaskan hati. 

Di sini ada bilik-bilik, kolam mandi, kolam buatan, dewan dan bilik untuk kursus. Paling menarik adalah suasana kehijauan dan udara yang bersih. Wajib untuk berjalan-jalan di sekitar resort sambil mengambil gambar. Memang hilang segala stress.

Untuk self-therapy dan lari dari kesesakan kota, resort ini memang 5 star. Tenang yang amat aku rasa. Mungkin gambar-gambar di bawah boleh jelaskan apa yang aku dan kawan-kawan rasa:

Pavillion room dari luar (Sumber: Trip Advisor Indonesia)
Pavilion room with extra bed-agak sempit tapi masih cantik

Sekitar kolam renang dan kolam buatan

Sesi santai di gym
Masa check in: 3.00 petang
Masa check out: 12 petang

Kalau kalian nak tahu lebih lanjut tentang resort ini boleh ke website: https://www.phileahotel.com.my/

Nota tambahan: Untuk ke bilik, kami menaiki buggy yang disediakan. Kereta tak boleh masuk ke kawasan resort. Parking ada disediakan di luar pintu masuk resort.

2) Pengangkutan

Kami ke Melaka dengan menaiki kereta aku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah- dua jam. 

3) Makanan

Disebabkan kami sampai awal, sekitar pukul 1.30 petang, kami makan tengahari di Aeon. Macam di KL juga, ada banyak pilihan kedai-kedai untuk makan dan shoping. Kami makan Sushi sebab yang lain dah biasa makan.

Untuk makan malam, kami makan di restoran Anjung Muara Sungai Duyung. Tempatnya nampak sendu sikit tapi servis boleh tahan cepat. Harga pun berbaloi untuk kami bertiga. Siap ada persembahan karaoke. OKlah bagi kami. 

Nama restoran

Menu kami-Ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter dan sayur kailan ikan masin

Persembahan karaoke-suara boleh tahan

Hari ahad selepas sarapan di resort dan check out, kami pergi makan Coconut Shake Klebang. Kami sampai di sana dalam pukul 2 petang. Jalan masuk sangat sesak. Ada 2 section: Bungkus dan makan di sana. Kami parking kereta di belah dalam sebab nak makan di sana. Kalau bungkus gerainya di tepi jalan saja. Beratur panjang masing-masing gara-gara nak merasa coconut shake. Bagi aku, coconut shake dia sedap sebab boleh rasa hirisan kelapa di dalamnya. Selebihnya aku rasa lebih kepada sentimental sebab di sini bermulanya era coconut shake. Selain coconut shake ada juga kuih muih, nasi lemak(sambalnya pedas meletup) dan keropok lekor. 

Suasana di kedai coconut shake yang ramai orang

4) Kos

Berikut adalah kos kami (3 orang) ke Melaka (tak termasuk belanja peribadi e.g. souvenir):

Hotel = RM550 (RM320 Groupon + RM130 extra bed)
Makan tengahari (sushi) = RM83.80
Coconut shake = RM14.20 (termasuk kuih-muih dan nasi lemak)
Seafood@Anjung Muara = RM86.40
Minyak dan tol = RM75

Jumlah besar = RM809.40

Per pax = RM269.80

Disebabkan tema trip ini adalah bersantai di hotel 5 bintang, kos hotel kelihatan agak besar. Tapi masih berbaloi dengan ketenangan dan keseronokan kami di sana. Inshaallah kami akan sampai lagi. 

Kesimpulan: 

Bersyukur dengan apa yang ada. Melancong sambil berkongsi ilmu itu sangat bermakna. Inshaallah sama-sama kita dapat manfaat bersama. Kalau tak mampu melancong ke luar negara, usahakan berjalan di dalam negara dahulu. Buka minda untuk pengalaman baru. Pada masa yang sama dapat lari dari segala tekanan. 

1 comment: