Saturday, May 30, 2015

Melaka trip-Philea Resort & Spa

Salam. Aku nak kongsi tentang trip ke Melaka i.e. sesi self-therapy di hotel 5 bintang-Philea Resort & Spa pada 9/5/2015 - 10/5/2015 yang lalu. Aku akan bahagikan kepada 4 aspek penting untuk panduan kalian:

1) Hotel
2) Pengangkutan
3) Makanan
4) Kos

1) Hotel

Kami beli pakej resort dari Groupon dengan harga RM320. Pakej termasuk Pavilion room, sarapan pagi dan complimentary ice cream. Disebabkan kami pergi bertiga, aku pun tambah 1 extra bed yang kosnya RM130 (termasuk sarapan pagi).

Servis memang terbaik. Tak seperti hotel biasa, kami terpesona dengan usaha pihak resort menyiapkan segala-galanya dalam bilik untuk 3 orang. Contoh, katil, selipar, toiletries, tuala semuanya untuk 3 orang. Setakat pengalaman aku, kalau kita minta extra bed, hotel biasanya bagi hanya extra bed. Yang lain kita kena minta berasingan, bukan hotel terus sediakan. Malah ice cream pun kami dapat untuk 3 orang, tanpa perlu kami bertanya (sebab pakej Groupon cakap ice cream hanya untuk 2 orang saja). Tak kisahlah. Semua itu dah termasuk dalam kos yang kami bayar tapi yang lebih penting servis yang kami terima memang memuaskan hati. 

Di sini ada bilik-bilik, kolam mandi, kolam buatan, dewan dan bilik untuk kursus. Paling menarik adalah suasana kehijauan dan udara yang bersih. Wajib untuk berjalan-jalan di sekitar resort sambil mengambil gambar. Memang hilang segala stress.

Untuk self-therapy dan lari dari kesesakan kota, resort ini memang 5 star. Tenang yang amat aku rasa. Mungkin gambar-gambar di bawah boleh jelaskan apa yang aku dan kawan-kawan rasa:

Pavillion room dari luar (Sumber: Trip Advisor Indonesia)
Pavilion room with extra bed-agak sempit tapi masih cantik

Sekitar kolam renang dan kolam buatan

Sesi santai di gym
Masa check in: 3.00 petang
Masa check out: 12 petang

Kalau kalian nak tahu lebih lanjut tentang resort ini boleh ke website: https://www.phileahotel.com.my/

Nota tambahan: Untuk ke bilik, kami menaiki buggy yang disediakan. Kereta tak boleh masuk ke kawasan resort. Parking ada disediakan di luar pintu masuk resort.

2) Pengangkutan

Kami ke Melaka dengan menaiki kereta aku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah- dua jam. 

3) Makanan

Disebabkan kami sampai awal, sekitar pukul 1.30 petang, kami makan tengahari di Aeon. Macam di KL juga, ada banyak pilihan kedai-kedai untuk makan dan shoping. Kami makan Sushi sebab yang lain dah biasa makan.

Untuk makan malam, kami makan di restoran Anjung Muara Sungai Duyung. Tempatnya nampak sendu sikit tapi servis boleh tahan cepat. Harga pun berbaloi untuk kami bertiga. Siap ada persembahan karaoke. OKlah bagi kami. 

Nama restoran

Menu kami-Ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter dan sayur kailan ikan masin

Persembahan karaoke-suara boleh tahan

Hari ahad selepas sarapan di resort dan check out, kami pergi makan Coconut Shake Klebang. Kami sampai di sana dalam pukul 2 petang. Jalan masuk sangat sesak. Ada 2 section: Bungkus dan makan di sana. Kami parking kereta di belah dalam sebab nak makan di sana. Kalau bungkus gerainya di tepi jalan saja. Beratur panjang masing-masing gara-gara nak merasa coconut shake. Bagi aku, coconut shake dia sedap sebab boleh rasa hirisan kelapa di dalamnya. Selebihnya aku rasa lebih kepada sentimental sebab di sini bermulanya era coconut shake. Selain coconut shake ada juga kuih muih, nasi lemak(sambalnya pedas meletup) dan keropok lekor. 

Suasana di kedai coconut shake yang ramai orang

4) Kos

Berikut adalah kos kami (3 orang) ke Melaka (tak termasuk belanja peribadi e.g. souvenir):

Hotel = RM550 (RM320 Groupon + RM130 extra bed)
Makan tengahari (sushi) = RM83.80
Coconut shake = RM14.20 (termasuk kuih-muih dan nasi lemak)
Seafood@Anjung Muara = RM86.40
Minyak dan tol = RM75

Jumlah besar = RM809.40

Per pax = RM269.80

Disebabkan tema trip ini adalah bersantai di hotel 5 bintang, kos hotel kelihatan agak besar. Tapi masih berbaloi dengan ketenangan dan keseronokan kami di sana. Inshaallah kami akan sampai lagi. 

Kesimpulan: 

Bersyukur dengan apa yang ada. Melancong sambil berkongsi ilmu itu sangat bermakna. Inshaallah sama-sama kita dapat manfaat bersama. Kalau tak mampu melancong ke luar negara, usahakan berjalan di dalam negara dahulu. Buka minda untuk pengalaman baru. Pada masa yang sama dapat lari dari segala tekanan. 

Saturday, October 25, 2014

Firefly Villa Trip-Kg Sungai Gulang Gulang, Kuala Selangor



Holla. Untuk kali ini aku akan update trip kami ke Kuala Selangor pada 18-19 Oktober 2014 (weekend).

But first layan gambar-gambar dulu.



Monyet jinak di Bukit Melawati

Kami di Bukit Melawati

Kami di Firefly Park, Kg Belimbing

Mandi-manda di Firefly Villa

Sawah padi-musim menuai

Breakfast berbaloi mengalahkan hotel
Straight to the point ini bajet kami:


Nota tambahan:

Abaikan details yang tak berkenaan. =)

Ini pula itinerary kami:

Day 1 (Sabtu. 18 Oktober 2014)

Arrive at Firefly Villa via Guthrie and LATAR highway
Bukit Melawati trip@5.30 pm
Dinner at D Coral Seafood Restaurant
Firefly watching at Firefly Park, Kg Belimbing-Imagine a christmas tree in darkness. Beautiful!

Nota tambahan:

1) Kami skip Eagle Feeding sebab nak rehat lama sikit selepas arrive di Firefly Villa.
2) Bawa roti atau buah pisang ke Bukit Melawati untuk bagi monyet makan. Be careful with monyet warna coklat yang agak kasar. Monyet hitam baik sikit dan boleh dipegang.
3) Pakai mosquito repellant di Firefly Park jika anda pakai baju/seluar pendek. Also, no photo taking is allowed as the flash might kill the fireflies.

Fireflies hanya terdapat di 2 tempat di dunia i.e Malaysia dan Brazil. So don't miss this event!

Day 2 (Ahad, 19 Oktober 2014)

Breakfast di Firefly Villa (included in our booking but for RM16 it's really worth-menu macam di hotel i.,e. nasi lemak sambal udang+sambal sotong+kari ayam, roti bakar, cereal, kek, muffin, kuih tradisional, fruit juice and coffee/tea).
Tengok sawah padi-Tak berapa menarik sebab sedang musim menuai. But still cantik for photo taking.
Beli kek buah (sangat sedap!), kerepek dan pecal di Jalan SGG 6/1, Kg Sg Gulang-Gulang-recommended by owner villa, En. Afandi.
Back to KL

Komen: Simple and relax trip. Perfect getaway jauh dari hiruk pikuk KL. Firefly Villa was rated 9.5 out of 10 in Agoda. So we highly recommend you to have a try!

Travel brings Love and Power back to our life. Indeed.






Thursday, August 21, 2014

Siem Reap 2014- Momen terindah dan tips-tips


Salam. Baru kembali ke Malaysia lepas Siem Reap trip dari 17/8/2014 (Ahad) - 20/8/2014(Rabu). Aku pergi ke sana dengan geng single ladies i.e. Che Pah, Raihana dan Irah (adik Che Pah). 

Berapa bintang yang boleh aku beri untuk Siem Reap? 


5 bintang.


Kenapa?Jemput baca karangan aku di bawah ini. 


Aku akan habiskan dalam 1 post sahaja. Tak perlu buka banyak post. Inshaallah aku gunakan bahasa yang ringkas dan padat.


Aku pecahkan Siem Reap trip kepada 10 aspek berikut:


1) Tempat menarik & shopping

2) Currency
3) Bahasa
4) Time zone berbanding Malaysia
5) Cuaca
6) Makanan
7) Persiapan sebelum trip i.e. checklist
8) Budget & itinerary
9) Travel guide
10) Others


1) Tempat menarik & shopping


Di Siem Reap tempat menarik & shopping adalah seperti berikut:


1. Angkor Wat 


Angkor - City/Bandar

Wat - Temple/Kuil
Angkor Wat merupakan antara 7 wonders of the world. As a Muslim aku maybe tak berapa mampu nak appreciate nilai keagamaan (Hindu dan Buddha) di Angkor Wat, tapi dari segi binaan dan seni ukiran memang mengkagumkan! Antara lain ini adalah senarai temple famous di sini:

1) Angkor Wat (biggest temple)

2) Ta Prohm (Temple Angelina Jolie dalam 'Tomb Raider'. Hati-hati di temple ini. Pintu masuk dan keluarnya berbeza i.e. West gate & East gate.)
3) Bayon
4) Preah Khan
5) Neak Pean
6) Kbal Spean
7) Beng Mealea
8) Angkor Thom  

Aktiviti wajib: Tengok matahari turun (sun set) dan terbit (sun rise) + Tour seluruh temple yang ada (jika mampu). 


Entrance: 

Beli pass sebelum 5 pm - Boleh masuk on the spot.
Beli pass selepas 5 pm - Masuk hari esoknya.

Harga tiket: USD 20 seorang - 1 day pass. Pass 1 week pun ada tapi tak ingat harga.


Nota tambahan: 

1) Anda akan disuruh posing untuk gambar, semasa membeli tiket di kaunter. 

2) Sila bawa makanan seperti energy bar, coklat, roti atau biskut dan air mineral. Trip bermula seawal 5 am dan berakhir sekitar 1 pm. Makanan halal susah dicari di sini.


3) Kami sesat di Ta Prohm. Sebab lapar, kami malas teruskan perjalanan, patah balik dan ambil tuk-tuk lain ke pintu keluar, tempat driver tuk-tuk kami tunggu. Kos tuk-tuk kecemasan itu = USD 2.


4) Di sesetengah temple, ada budak-budak berkaki ayam akan minta beli souvenir. Biasanya kos USD 1. Samada anda beli atau anda bersabar dan mengelak sahaja dari membeli.



Sunset view
Sunrise view



Us..in Angkor Wat


2. War Museum

Di sini ada senjata, periuk api (landmines), kereta kebal, roket dll peralatan perang tinggalan World War dan rejim Khmer i.e. Pol Pot. 


Untuk tour yang bermakna dan difahami, sila minta tour guide muzium terangkan dan bawa anda melawat muzium ini.


Harga tiket: USD 5 seorang


Tips untuk tour guide: USD 5-6 per group (walaupun ada signboard cakap "Free tour guide"). 


Nota tambahan: 

Appreciate the history. Cuba fahami seadanya kisah mereka. Anda akan insaf dan sedar akibat peperangan kepada orang awam yang tak bersalah. 



Rockets dan anti-tanks 

3. Night Market-Old

Ada 2 night market i.e. lama dan baru/cantik.


Kedua-duanya jual barang yang hampir sama i.e. shawls, sarung kusyen, T-shirt, key chain, fridge magnet, beg kait etc.


Dari pemerhatian kami night market baru lebih banyak pilihan. Harga tak banyak beza asalkan pandai menawar.


Nota tambahan:

Jangan mula menawar jika tak mahu membeli. Jangan buat mereka marah melayan anda penat-penat tapi akhirnya tak membeli.

Tengok design dan tanya harga 1 unit. Jika betul berkenan dan nak beli baru tawar harga. Jika tidak, cepat-cepat pergi kedai lain. Pusing-pusing dulu semua kedai. Tapi barang-barangnya almost sama saja.


Jika beli banyak, Inshaallah harga boleh ditawar sehingga 1/2 dari harga asal.



Gerai kami beli fridge magnet murah

4. Tasik Tonle Sap


Tasik Tonle Sap ni glamour masa belajar Geografi dulu. Anda akan dibawa melawat floating village di sungai yang bersambung dengan tasik tu. Kampung ini mobile. Bila musim panas dan air sungai cetek, mereka akan pindah ke kawasan tasik. Bila musim hujan dan air sungai naik, mereka pindah pula ke sungai. 


Ada rumah, balai polis, restoran, sekolah dan kedai runcit. Boleh juga snap gambar dan tengok buaya di salah sebuah restoran di sini.


Harga tiket: USD 15 seorang


Nota tambahan:

1) Jika anda pernah ke Brunei, kampung ini tak cantik macam di Brunei. Mereka bina sendiri tanpa bantuan kerajaan. Di Brunei, kerajaan mereka fund dan allocate tapak rumah dan geran untuk setiap pemilik rumah.

2) Ada sekolah anak yatim di sini. Mereka jadi yatim selepas taufan tahun 2010/2011. Mereka tak mahu duit, cukup dengan makanan. 


Boleh bawa makanan dan minuman siap-siap semasa datang ke sini dan singgah untuk melawat dan serahkan makanan tersebut kepada anak yatim tu.


Jangan beli beras yang dijual/diminta beli di kedai runcit oleh driver bot sebab harga terlalu mahal. Driver or tour guide akan cakap beras tu untuk anak yatim tu. 

One of the floating houses

5. Artisans D' Angkor Silk Farm

Di sini anda akan dibawa melihat proses pembuatan sutera bermula dari ulat sutera sehingga final product i,e silk. Ada kedai barang sutera seperti dompet, handbeg, baju, etc. Artisans D Angkor juga ada cawangan kedai di lokasi-lokasi lain di Cambodia.


Entrance: Free 


Nota tambahan:

Design product sutera di sini memang elegan dan tiada di mana-mana night/ old market di Siem Reap. 

Harga agak mahal tapi berbaloi dengan design dan kualiti. 

No photograph allowed di kedai mereka.



Kitaran hidup ulat sutera
6. Cambodia Cultural Village

Di kawasan seluas 21 hektar ini ada replika bangunan terkenal di Cambodia (kuil, kampung Cham, kampung Khmer dll) dan persembahan kebudayaan.

Harga tiket: USD 15 seorang. Buggy with driver rental = USD 7 per group.

Nota tambahan:
Hati-hati dengan tangga menuju masuk ke dalam village. Jangan leka membaca peta dan itinerary persembahan.


Antara persembahan yang ada-Chinese culture

7. Old market

Produk di sini lebih kurang night market, dengan tambahan pasar basah dan produk sutera. 


Nota tambahan:

1) Sila refer tips menawar harga di night market. Sama saja tricknya di sini.

2) Sila beli sutera (Cambodian silk) di sini yang murah. 

Raw silk : USD 8 (RM25+-) semeter. Di KL harga =  RM100+- semeter.

Cotton silk: 
Harga asal = USD 35(RM112+-) sepasang 4 meter. Selepas ditawar = USD 20 sepasang 4 meter i.e. almost 1/2 dari harga asal. Boleh mix and match dan minta tuan kedai potong kain ikut berapa meter yang kita nak. Bila mix and match, kami fixkan harga jadi USD 10 untuk 2 meter.


Raw silk yang dijual

8. Night Market-New

Lebih happening dan besar dari night market-Old. Lebih banyak pilihan. Harga lebih kurang.


Ada khidmat foot, hand and body massage yang agak berbaloi dan memuaskan hati.


Nota tambahan:
1) Sila refer tips menawar harga di night market-Old dan Old Market. Sama saja tricknya di sini.

9. Wat Thmey


Di sini ada memorial mangsa kekejaman Pol Pot (rejim Khmer) dan kuil. Anda boleh tengok tengkorak mangsa dan kubur mangsa kekejaman itu.


Entrance: Free



Bukti kekejaman Pol Pot
10. Hard Rock cafe

Untuk collector, boleh beli souvenir Hard Rock di sini. Harga of course mahal tapi kalau dah minat boleh saja beli.


2) Currency


Segala transaction di Siem Reap adalah dalam USD. Cuma sekali-sekala ada juga currency mereka i.e. Riel digunakan.


Rate semasa trip kami:


USD 1 = RM3.20

USD 1 = Riel 4,000

Nota tambahan:

1) Sila tukar duit RM anda kepada duit USD kecil dalam not USD 1 -  USD 20 sahaja. Jika anda bagi mereka duit besar, mereka akan bagi baki duit Riel. Kadang-kadang duit Riel mereka tak cukup untuk bagi baki kepada anda.

3) Bahasa


Bahasa rasmi Cambodia adalah bahasa Khmer. Ada sikit-sikit bunyi Thailand tapi kami difahamkan ianya berbeza.Tapi English or French pun selalu digunakan. Sebahagian Muslim di sini boleh bercakap bahasa Melayu serba sedikit. 


4) Timezone berbanding Malaysia


Waktu di sini kurang(-1 jam) dari waktu Malaysia. Sila set jam anda ke masa Cambodia untuk mengelakkan kekeliruan.


5) Cuaca 


Umumnya cuaca di Siem reap panas terik selalu, kecuali bulan Jun - September. 


Tapi semasa trip kami, tiada hujan langsung walaupun ramalan cuaca menunjukkan akan berlaku hujan ribut petir. Kuasa Allah S.W.T...


Nota tambahan:

Sila check ramalan cuaca sebelum booking tiket.

Sediakan payung/baju hujan sebelum hujan.


Sediakan sunblock sebelum panas terik.


6) Makanan


Makanan halal sangat sukar dicari. Tuk-tuk driver kami bawa kami ke 2 restoran halal milik Muslim di Siem Reap:

1. Thoba Yana Resturant
2. Muslim Family Kitchen

Di luar Old Market ada seorang perempuan Muslim jual roti berinti daging sate+sos+bawang yang sedap.


Opposite Muslim Family Kitchen ada gerai kecil jual roti bijan yang sedap. Tak silap petang baru buka.


Kami difahamkan makanan di Siem Reap secara umumnya adalah mahal. Tapi compare to makanan di Malaysia, still jauh lebih murah di Siem Reap.


Lunch/dinner di restoran halal kos sekali makan untuk 4 orang = USD 16 - USD 20 (RM51 - RM64). Lebih kurang RM16 seorang. 


Nota tambahan:

1) Jika tuk-tuk driver anda Muslim - Dia pasti tahu restoran halal yang sesuai. 
Jika tuk-tuk driver anda non-Muslim - Boleh minta dia bawa anda ke restoran-restoran di atas.

2) Menu wajib cuba: Lembu naik bukit. Kedua-dua restoran ada serve, tapi kami cuba di Thoba Yana Restaurant sahaja-sangat sedap.


3) Menu yang boleh cuba dengan amaran: Khmer soup/Khmer fried rice. Kami tak berapa boleh terima rasanya. Tapi who knows citarasa anda mungkin berbeza?

Business card Muslim Family kitchen
Menu Lembu Naik Bukit

7) Persiapan sebelum trip i.e. checklist


Berikut adalah antara checklist yang complete (boleh customize):


[x] Selipar toilet
[x] Sandal kelabu
[x] Plastik spare utk bj kotor, bj hujan, kasut/sandal etc
[x] Charger-International plug + charger biasa
[x] Ubat gastrik
[x] Tudung and inner if any-2 or 3 helai
[x] Moola bars, coklat
[x] Travel kit-toiletries + sabun basuh
[x] Balm
[x] Ubat flu-Cetirizine/Clarinase
[x] Milo 3 in 1 + pow uncang teh mak utk cirit if any
[x] Telekung
[x] Baju-4 days
[x] Sport shoes
[x] Hanger-3 units
[x] Pasport
[x] Pad-for spare
[x] Arcoxia
[x] Kain batik-1 pasang
[x] Stokin 2 pasang
[x] Panadol actifast
[x] Krim/spray nyamuk
[x] Payung kecik-untuk hujan/panas
[x] Usha baju hujan kat 7E
[x] Tukar duit aku n Rai

[x] Flight ticket -web check in done

8) Budget & itinerary


Berikut adalah budget kami untuk trip Siem Reap kali ini:




Ini pula itinerary kami:



9) Travel guide


Ada 3 individu yang terlibat dalam trip kami: Salim, Maliki dan Nasir. 


Untuk arrangement awal, kami deal dengan Salim. Detail Salim adalah seperti berikut:


Nama: Salim

No HP: +85578996840 
Email: limangkor@yahoo.com

Boleh email Salim untuk discuss quotation, book hotel, itinerary dll.


Untuk actual trip, kami dibawa oleh Maliki (anak sepupu Salim). Salim bawa another group Malaysian.


Nasir telah sambut kami di hotel dan tolong kami communicate dengan hotel staff untuk bayar deposit sahaja dahulu. Jika tak kami mungkin ditipu dan kena bayar semua on the spot.Who knows?


Kami difahamkan selain mereka bertiga, ada lagi 2 orang yang boleh bawa tourist i,e, total 5 orang. 

Kesemua mereka boleh berbahasa Melayu (pernah bekerja di Malaysia). Jadi masalah bahasa dan makanan halal Inshaallah tiada.



With our tuk-tuk driver, Maliki


Nota tambahan:

1) Salim, Maliki dan Nasir telah berkahwin dan mempunyai anak. 

10) Others


Tips lain-lain yang boleh aku share:


1) Bad things may happen. Aku sendiri terjatuh masa di Cultural Village. Alhamdulillah kawan-kawan tolong 
apa yang patut sampai tahap guna bahasa isyarat untuk minta tolong dengan staf kat situ. 

Jangan panik dan jangan malu nak minta bantuan. Farmasi pun ada banyak di Siem Reap.

2) Jangan sombong dengan Malaysian yang anda terserempak. Tegur dan bermesra dengan mereka. 

Pengalaman kami jumpa Malaysian di sana memang best. Ada yang tolong ambil gambar. Ada juga yang boleh bantu tukar kepada duit kecil.


Malaysian yang kami jumpa. Happy sangat!

3) If anda sensitif dengan udara: Sila bawa mask. Sesetengah kawasan sangat berdebu.

4) Dari Siem Reap, anda boleh ke Phnom Penh melalui jalan darat selama 6 jam. Dari Phnom Penh boleh pula ke Ho Chi Minh melalui udara selama 30 minit. Maka, bolehlah nak plan trip 3 in 1 kalau anda ambil cuti lama.


Semoga knowledge and experience sharing ini membantu anda. Sebab kami sendiri pun dapat info dari pelbagai blog juga. 


Ilmu yang berguna eloklah dikongsikan. Inshaallah bermanfaat buat semua.

Aku akhiri post kali ini dengan quote best yang penuh makna ini:


“Travel brings power and love back into your life.” - Rumi

Saturday, July 5, 2014

Accounting #1 - Accounting basics: Still remember?

Sebelum aku pergi a bit jauh, siapa suka accounting/perakaunan? Kenapa korang suka accounting? Setakat yang aku biasa tengok, sebab-sebabnya adalah:

1) Suka nombor dan debit kredit 
2) Tak suka jumpa orang, macam marketing staff yang kena selalu jumpa klien
3) Parents kerja sebagai accountant 
4) Tak ada pilihan lain. Tak suka/tak score sains maka terpaksa ambil accounting
5) Nak capai impian jadi CEO. Kebanyakan CEO ada background accounting
6) Gaji sebagai akauntan profesional adalah tinggi

Tapi...korang tahu tak suatu benda?

ALL ACCOUNTANTS ARE BORING.

OK that's too much. Mati terus naluri nak jadi akauntan. Sorry semua. =) Just joking ya.

Straight to the point. Ilmu paling asas dalam accounting adalah: 

DEBIT (Dr) dan KREDIT (Cr)

Korang cari sendiri asal usul perkataan debit dan kredit OK.

Dalam accounting ada 5 jenis/klasifikasi akaun:

1) Asset - E.g. Inventory, fixed asset
2) Liability - E.g. Loans
3) Equity - E.g. shares 
4) Income/Revenue - E.g sales revenue, interest income
5) Expense - E.g. Purchase, rental expense

Debit dan kredit memberi makna berbeza bergantung pada jenis/klasifikasi akaun seperti berikut:
  • Asset - Dr  = Increase/kenaikan
                   Cr = Decrease/penurunan
  • Liability - Dr = Decrease/penurunan
                      Cr = Increase/kenaikan
  • Equity - Dr = Decrease/penurunan
                       Cr = Increase/kenaikan
  • Income - Dr = Decrease/penurunan
                      Cr = Increase/kenaikan
  • Expense - Dr  = Increase/kenaikan
                       Cr = Decrease/penurunan

Gambar di bawah akan membantu pemahaman debit kredit korang:


Source: dudewheresmyprofit.com

Dalam accounting ada 3 step utama:

1)      Accounting entries

Contoh:

Source: www.understand-accounting.net

2)      General Ledger (GL) /T accounts

Contoh:


Source: Opentuition.com

3)      Financial statements

Contoh:


Source: www.boundless.com

Untuk pemahaman, ada contoh basic untuk korang:








Jom buat accounting untuk Pemborong B & Penjual C!


*Receivable dan Payable tiada dalam Statement of Financial Position/Balance sheet sebab balance GL itu=0. Kalau ada balance c/f maka kena disclose, sama macam Cash di atas.

Terlalu basic? Percayalah, yang basic inilah yang akan digunakan walaupun di tahap advance. Segalanya berbalik kepada basic debit dan kredit.

Sistem yang paling canggih pun akan menghasilkan figure yang salah jika puncanya adalah posting journal entries yang salah!

Pernah dengar konsep LEAN? Menurut konsep LEAN, results/hasil terbaik adalah terhasil dari sumber dan proses yang betul. Maka sesuailah dengan apa yang kita belajar hari ini:

Correct accounting entries = Correct figure in our financial statements.

Get it right from beginning. Oh yeah! We can do it!

Ada soalan? Nak kongsi ilmu? Nak komen? Boleh reply dalam comment atau email kepada saya: fairuzyasminramli30@gmail.com.

Salam dan take care.