Salam buat semua...di saat saya menulis ini, anda mungkin sedang bergembira dengan keluarga mahupun rakan-rakan anda. Saya juga begitu. Gembira bersama keluarga yang setia di sisi saat saya berhadapan dengan dugaan terhebat setakat ini setelah pernah diduga dengan cinta dan perasaan sebelum ini. Walaupun keluarga sebenarnya tak tahu pun akan masalah saya ini. Entahlah...dari kecil saya dah biasa simpan segalanya sendiri. Hanya sesetengah orang menjadi tempat saya meluahkan perasaan, itupun tak 100%. Untuk mencapai 100% luahan mestilah dengan pihak satu lagi, yang 24 jam sentiasa bersama saya dan juga anda...itulah Allah, Tuhan yang kita semua orang Islam sembah. Sesungguhnya para Murtadans di luar sana sangatlah rugi kerana mereka tidak mampu untuk merasa adanya pendamping di saat suka dan duka seperti mana yang saya rasa sekarang. Murtadans sekalian, berhentilah menyakiti Allah dengan kata-kata anda itu. Ingatlah, tanpa rahmatNya, anda tak mungkin mampu bernafas sekarang.
Di saat-saat susah begini, tidur saya sesungguhnya tidaklah lena. Sebelum tidur teringat hal itu. Bangun tidur pun hal itu juga muncul di minda. Lepas solat pun begitu juga. Hanya Allah tahu apa yang saya rasa sekarang. Bagaimana hanya kerana Facebook maruah saya dihinjak ke tapak kaki. Hanya kerana Facebook saya dimalukan seperti tidak layak hidup di dunia ini. Hanya kerana Facebook tidak sempat saya buktikan kerisauan hati dan kerja keras saya berbaloi akhirnya. Adakah dunia ini sekarang ditentukan oleh insan-insan di dalam Facebook? Mengapa begitu mudah manusia menilai hanya dengan kata-kata di Facebook? Adakah Facebook boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah sekarang? Adakah Facebook sebahagian dari diri kita di tempat kerja yang membolehkan segala isinya dijadikan asas dalam menilai prestasi kerja? Apakah fungsi Facebook sebenarnya? Kenapa Facebook dicipta? Bagaimana saya mahu mencari orang yang menganiaya saya di Facebook itu? Adakah ia wajar atau mustahil? Atau saya hanya perlu pandang ke depan dan memaafkan siapa pun orang itu?Ini adalah antara persoalan yang saya fikirkan sekarang. Tidak putus-putus soalan-soalan ini keluar dalam minda saya.
Entahlah.Mungkin naluri sebagai juruaudit pun menjadikan saya begini. Dah terbiasa bertanya banyak soalan.Kadang-kadang kita tidak sedar kata-kata kita menyentuh hati orang lain. Dalam keadaan tertekan, kita mungkin terlupa sesetengah hal yang nampak remeh tapi bakal menyusahkan kita di kemudian hari. Dan dengan Facebook dan Twitter, sepantas maklumat tersebar, sepantas itu juga maruah tercalar dan silaturahim terlerai. Adakah ini yang kita mahu hari ini? Tepuk dada tanya selera. Jawapannya ada pada kita semua. Hanya kena ingat, kita bukannya nak hidup sehari dua, dan dunia ini bukan berakhir di sini. Masih ada akhirat untuk kita siap sedia dengan bekalan secukupnya. Jangan hanya kerana Facebook dan Twitter, segala jerih perih kita mengumpul amalan sia-sia sahaja.
Buat kawan-kawan yang setia di sisi jauh dan dekat, terima kasih...hanya itu mampu saya lafazkan. Buat Yuyu, mimpimu tentang aku memang merupakan satu dari kekuasaan Allah. Aku terus menangis saat kau mesej itu. Papai sayang Yuyu selamanya. Papai juga sayang Niesak, Kak Fad, Salsabila, Kak Mas dan Aselehe yang pernah jadi geng lepak kita di 4th College UM. Papai rindu sangat pada semua orang tapi Papai tahu, masing-masing ada hal sendiri...
Buat Natasya@Noura Ramlan, saya mimpi anda Sabtu lepas. Sebab itu saya mesej ajak ngedate. Anda merupakan "my sister figure" saya. Ketabahan anda menambat hati saya selama kita kenal. Nanti kita makan Subway tau...
Buat geng all single ladies ku, tabahlah menghadapi segala dugaan hidup. Barangkali kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita, namun hanya Allah tahu apa yang benar-benar terbaik untuk kita. Barangkali Allah menagguhkan urusan baik kita sebab kita belum bersedia. Bersangka baiklah padaNya kerana Dia tidak sekali-kali akan menzalimi hambaNya. Ada masa kita lepak UM ya. Aku rindu sangat pada UM.
Kepada kawan-kawan sepejabat yang memberi sokongan moral, terima kasih...saya dedikasikan post di blog naif saya ini untuk anda juga. Anda semua antara kawan yang terbaik buat saya saat saya kerja sebagai juruaudit di KHR. Mungkin ada di antara kita akan atau telah terpisah tapi kenangan bersama tetap terpahat di hati saya. Saya mungkin tak sertai semua aktiviti bersama kalian kerana sifat saya yang memang "homely type" suka lepak di rumah saja tapi percayalah, anda semua saya hormat sampai bila-bila seadanya.
Buat seseorang di luar sana, meski anda mungkin tak tahu dan tak akan tahu, saya rasa saya dah jatuh sesuatu pada anda. Mungkin terlalu awal atau hanya cetusan kecil perasaan. Anda memang misteri dan saya suka orang begitu. Orang yang terlalu ramah dan mudah mesra dengan perempuan bukanlah pilihan saya. Harapnya anda tak begitu.Tapi siapalah saya... Biarlah Allah menentukan penghujungnya.
Sesungguhnya saya rasa sedikit lega lepas menulis post ini...Terima kasih semua...Maaf atas segala keterlanjuran selama ini. Salam...