Sunday, November 27, 2011

Kenangan mengusik jiwa...

Hari ini hari Ahad. Seperti kebiasaan, Ahad ialah cuti umum tapi hari ini istimewa sedikit kerana hari ini juga cuti sempena Maal Hijrah. Esok cuti lagi maka saya dengan gembiranya hanya melepak di rumah hari ini. Kerja? Rasanya dah tiba masa saya memikirkan diri sendiri lebih dari kerja, sekali sekala. Entahlah. Semenjak kejadian baru-baru ini, semangat saya untuk buat kerja 'itu' seakan hilang terus. Saya lebih suka fokus pada kerja lain. Alhamdulillah dah dapat 'review' beberapa kerja adik-adik "Asso" di pejabat. Harapnya semua baik-baik saja kelak. Mungkin terpaksa juga buat kerja "itu". Ikhlaskan hati saja wahai Gadis Kucing...=)

Cakap pasal kerja memang takkan habis sampai bila-bila. Ada orang cakap, jangan jadi hamba kerja. Memang betul sebenarnya. Kerja memang takkan pernah habis. Ada saja yang perlu dibuat. Selagi ada orang memerlukan sesuatu, maka adalah kerja kena buat setiap hari. Malah kajian menunjukkan orang Malaysia adalah antara yang terajin berbanding negara-negara lain. Siap bawa balik lagi kerja mereka. Persoalannya apakah yang kita cari dalam bekerja? Adakah duit merupakan segala-galanya? Entahlah. Bagi saya sendiri, kerja selain memberikan pendapatan, merupakan peluang untuk saya mengenal diri sendiri. Melalui kerja, saya belajar cara untuk bersikap profesional, "cool' dengan semua orang, akur dengan kelebihan dan kekurangan diri dan orang di sekeliling dan sebagainya. Kerja juga membuatkan saya kurang memikirkan hal jodoh yang memang merisaukan. Memang orang kata tak perlu fikir pasal jodoh kerana ianya akan datang dengan sendiri. Tapi, kalau dah semua orang sudah ber"soulmate" dan hanya tinggal saya keseorangan, bagaimana? Tidakkah itu merisaukan tambah-tambah saya ini perempuan? Selalu saya dengar, perempuan itu semakin bertambah umurnya, semakin rendah nilainya. Berbanding lelaki yang semakin bertambah umurnya, semakin tinggi nilainya. Benarkah???? Tepuk dada tanya selera.

Hmmm..baru lepas makan nasi ayam...sedap betul air tangan ibuku...hehe...sebenarnya saya nak ucapkan tahniah buat kawan serumah saya, Nurul Azuma Makmor dan pasangannya Mohd Shazly...kelas kau mariah, aku tulis nama penuh...apa kau nak bagi pada aku???hehehe...bertahun-tahun mereka bercinta akhirnya bersatu jua...semoga kekal ke akhir hayat ya adikku sayang..maka tinggallah Maza, Julie dan Linda yang masih single...termasuklah saya...tak apa, sampai masa kita pun akan tinggalkan zaman bujang ni. Cuma cepat atau lambat saja. Saya terfikir bagaimanakah perasaannya bercinta? Jatuh cinta saya pernah rasa, tapi bercinta tak pernah. Kali terakhir saya kenal rapat seseorang, saya rasa tak sedap hati kalau nak mesra sangat tanpa ikatan sah. Memang saya ditakdirkan bercinta lepas kahwin agaknya. Cuma, tak faham bagaimana perasaan orang yang bercinta siap pegang tangan, peluk-peluk, cium-cium tanpa ikatan sah. Memang ramai yang kahwin akhirnya tapi, entahlah...bukan saya orang yang layak menilai mereka. Cuma, sekian lama kita dimomokkan bahawa cinta mesti begitu. Yang belum diberikan kepada pasangan hanyalah keperawanan. Yang lain semua si dia dah rasa. Wallahua'lam....

Lagi satu perlu di"update" ialah kunjungan saya ke Kerinchi, lebih spesifik lagi 12M rumah kesayanganku...banyak sangat kenangan di sana...rindu sangat dengan segala-galanya di sana...LRT Universiti, UM, Masjid Al-Rahman, Vista Angkasa, Burger Pantai Dalam, Pasar Malam...ahhhhh..kenangan mengusik jiwa betul...

12M masa hujan..syahdunya...rindunya...andai dapat kukarangkan puisi buatmu...Insyaallah saya akan usahakan...=)

Saya rindu segala-galanya...zaman kecil, remaja, kawan-kawan, sepupu, guru dan pensyarah, tak lupa pada seseorang yang sangat istimewa yang entah apa khabarnya sekarang-En. Rosli, saya masih ingat anda...semoga anda sihat sejahtera dengan keluarga. Allah saja bisa menjaga anda..doa saya sentiasa mengiringi anda.=)

No comments:

Post a Comment