Buat Papa Hero sekeluarga, terima kasih sebab menjadi pendorong untuk saya meneruskan kecintaan pada haiwan. Syukur, ibu bapa saya pun memang ajar supaya kasihkan haiwan, tak kira lah apa pun haiwannya. Cuma, pasal anjing, saya mengaku memang dari kecil dah diajar untuk seakan-akan jijik dengan anjing. Cuma baru-baru ini lepas layan blog KakiMotong, minda saya macam dah dicuci untuk melihat anjing dari perspektif berbeza. Sekarang saya macam teringin pula nak pegang anjing. Jiran saya banyak bela anjing, almaklumlah kawasan majoriti Cina. Statement ini kalau kawan-kawan saya yang otak masih anti-anjing mesti pandang semacam pada saya. Tak mengapa lah...semoga Allah makbulkan doa saya untuk cuba berbakti pada makhluknya yang tak berdosa.
Baru-baru ini saya terlihat satu gambar pasal lori bawa babi terbalik. Menurut kawan saya, kejadian itu dah lama berlaku. Yang buat saya panas hati bila Facebookers Melayu Islam rata-ratanya komen kata padan muka la, pegi mampusla dan sebagainya. Saya tertanya-tanya, bukankah babi itu makhluk Allah juga? Layakkah kita selaku hambaNya memberikan penilaian sebegitu kepada babi-babi tu????Entahlah...tak tercapai akal kita manusia biasa dengan segala percaturan Allah, bukan?Wallahua'lam...
Penat lah pulak menghapdet blog ni..tapi best...=) jom layan gambar permata hati saya ya..

Hai saya Putih...saya anak Mama yg paling nakal...ngeh3
Lagi satu...
Hai saya Baby...Mama terpaksa ambil gambar saya tido..sebab saya anti-kamera...hehehe
Saya belum kawin tapi dah ada anak..anak bulus...hihihihihi...apa nak buat, kehidupan orang bujang lah katakan...peace..
Sayangilah haiwan kerana mereka juga berhak hidup di dunia ini...
hheheheh~kelakarnyee...comel kucing k.apai =)
ReplyDelete