Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun baru

Baru balik dari Perak selepas "outstation" selama 4 hari 3 malam. Terima kasih buat klien kami di atas segala kemudahan, belanja makan dan layanan baik yang anda berikan kepada saya dan Bihah. Mohon maaf di atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata dari kami berdua. Tak boleh sebut nama klien tapi staf hotel panggil "FANAS". Tergelak saya dengan Bihah...ehehehhe

Untuk "post" kali ini, saya rasa terharu bila melihat semula gambar-gambar dalam FB. Gambar bersama kawan-kawan dan keluarga sepanjang tahun ini membuatkan saya berfikir sejenak.Ya, saya tidak pernah keseorangan. Saya ada keluarga dan kawan untuk mengadu nasib jika ditimpa malang. Saya ada mereka untuk saya luahkan rasa gembira. Kalau saya ada minat mana-mana lelaki pun, merekalah orang yang akan saya berkongsi cerita. Sepanjang tahun ini, banyak "tagline" menarik antara kami seperti "kerepek", "si kenit", "Takanori", "budak baik", "Justin Bibir", "hamba Allah", "Melaka" dan banyak lagi lah, anda pun boleh sambung senarai tu jika anda bersama saya sepanjang tahun ini. Setiap "tagline" itu mencerminkan cerita-cerita suka dan duka bersama kalian yang pasti menjadi kenangan abadi. Kalau anda belum cukup mengenali saya, saya seorang yang sangat mengingati sesuatu perkara. Saya tak akan lupa setiap detik dalam hidup saya, baik suka ataupun duka. Malah sifat ini dalam kebanyakan masa, memakan diri sendiri. Bila susah nak melupakan terutamanya perkara buruk, saya cenderung menjadi pendendam. Sebab itulah untuk meneutralkan semuanya, saya cuba memaafkan semua orang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang-Credit to ZZ for this so true statement. =)

Tiba-tiba teringat pasal azam tahun baru. Azam umum saya pastilah ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi, azam khusus saya yang pertama ialah cepat-cepat habiskan ACCA. Lepas borak dengan klien pasal ACCA ni, saya lebih bersemangat nak habiskan exam. Ditambah pula niat nak buat benda lain lepas dapat CA (Perghhh berangan...hahahah)..terus terang, saya tak suka akaun. Statement berani mati dari seorang "auditor" ahahhahaa...sebab itu mesti habis exam cepat-cepat supaya boleh buat benda lain pula lepas ini. Mudah-mudahan dipermudahkan...Amin...

Azam kedua ingin menjadi Muslimah yang lebih baik. Juga cuba memperbaiki tutur kata dengan orang di sekeliling. Ini memang satu cabaran buat saya sebab saya ni bukan jenis lemah lembut. Dah biasa "keras di luar lembut di dalam". Susah sangat nak "lembut di luar lembut di dalam". Haissshhhh...Tak mengapa, usaha itu tangga kejayaan. Yang penting, pasang niat dulu..Insyaallah akan dibantu oleh-Nya.  Selain itu, berbakti kepada ibu bapa selagi ada hayat...Terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu...Hanya Allah mampu membalas jasa mereka.

Azam ketiga resign cepat. Ini lagi satu statement berani mati dari saya.  Azam ketiga ni berkaitan dengan azam pertama. Cuma tak tahu yang mana berjaya dicapai dahulu. Kenapa saya nak resign??? Sebab saya nak resign lah...ehehehe...malas nak cakap banyak, matlamat membeli rumah sebelum umur mencecah 30 tahun harus dicapai. Memang rezeki itu Allah tentukan tapi dengan keadaan sekarang....susah sikit lah....kenapa beli kereta sedangkan duit itu boleh disimpan beli rumah??? Kereta itu kan keperluan...Saya dah rasa betapa bila keadaan mendesak, kemahiran membawa kereta memang sangat-sangat membantu. Buat Nor Sobah Jamirin, kereta bukan untuk shopping je tau...ehehehhe....sori bagi ajaran sesat untuk memotivasikan dirimu...

Masa mencemburui saya..azam terakhir saya-----------> Memecahkan tembok dalam hati. Tembok konkrit berpagar besi yang menghalang cinta dari masuk ke dalamnya. Tembok itu sangat canggih sehingga siap dipasang sistem sekuriti digital dengan CCTV sekali.  Mudah-mudahan ada Putera Shrek yang akan membawa saya keluar dari tembok tersebut. Buat masa ini, tembok itu terlalu kuat. Terlalu sukar ditembusi. Itulah dia...tembok hati saya yang menunggu masa untuk dipecahkan...siapakah Putera Shrek saya yang bisa menyanyikan lagu merdu buat santapan minda sebelum saya tidur? Siapakah Putera Shrek saya yang akan menjadi Imam buat saya dan keluarga kami nanti? Putera Shrek yang boleh menjadi tempat saya sandarkan bahu dan mengalirkan air mata saat saya berduka dan melompat gembira bersama saya bila saya keriangan? Saya tiada jawapan buat masa ini...semoga azam akhirnya akan jadi kenyataan...Amin..

Selamat Tahun Baru.

4 comments:

  1. entri yg sgt menarikk... iloikee...plg MENARIKK statment "TEMBOK KONKRITT BERPAGAR BESI + PUTERA SHREKK"AHHAHAHHAH...SUKE3

    ReplyDelete
  2. kannn... nak resign jugak pai... T_T

    ReplyDelete
  3. Thanks Ameerah..kamu mmg rajin melawat blog saya...Muaaahhhhhhh sket...

    Basri: Huhuhuhuhu.....bilakah masanya?????bila???wahahaha

    ReplyDelete