Thursday, January 31, 2013

Malam Jumaat yang sunyi

Masa menunjukkan pukul 11.36 malam. Malam ini malam Jumaat. Malam yang dijanjikan pahala berganda jika amal kita kena pada keadaannya. Amal boleh jadi baik dan jahat. Terpulanglah pada kita semua ya.

Malam ini saya terfikir nak meluahkan sedikit rasa. 

Nak cakap pasal apa ya? 

First and foremost...

Pilihanraya. Sebab ternampak banyak logo dacing hari ini di merata tempat. Tak ada isu penting yang boleh dikupas sebab saya bukan penulis politik. Saya hanya nak pesan supaya bila tiba masanya nanti, buatlah pilihan yang tepat. Kali ini saya memilih untuk mengundi. Inshaallah pilihan saya tepat. =)


Lagi, nak cakap pasal apa?

Kerja. Ya, saya tengah sibuk. Balik pukul 5 pagi semalam. Syukur 'department' saya ada bajet hotel untuk staf yang 'stay back' maka saya 'check-in' saja lah. Ada kemudahan, rugilah kalau tak digunakan. Betul? Tak apa, kesibukan dan kepenatan ini  akan berakhir juga nanti. Tapi memang teruk sebab sampai saya batuk+selesema+sakit tekak+tiada suara dek kerana sibuk menyiapkan kerja. Adik saya pula ejek suara saya macam pondan katanya. Sabar jelah...


Next...

Kawan. Sejak akhir-akhir ini saya banyak juga fikir pasal kawan. Betapa saya sebenarnya punya ramai kawan tapi ramai dari mereka dah menghilang. Baik kerana kahwin mahupun kerana memang hilang dari pandangan dan minda. Mungkin sebab kawan saya majoriti perempuan. Perempuan yang saya tahu, kalau dah kahwin, suamilah kawan no. 1 mereka. Kawan jadi no. 2. Ada betulnya tapi...entahlah. Saya tak mengerti. Bukan hak saya nak menilai orang. Ikutkan ada juga yang kata saya yang menjauhkan diri. Mungkin juga ada betulnya. Mereka ada tanggungjawab lain yang lebih penting. Anda yang masih single mungkin faham keadaan saya. Dalam dilema. Maka jalan terbaik adalah saya yang membawa haluan sendiri. 

Mak cakap kawan adalah untuk selamanya. Entahlah. Masa belajar dulu adalah rasa macam tu. Sekarang rasa biasa-biasa saja. Apapun, kenangan lalu memang mengusik jiwa. Semoga semua kawan saya maafkan kesalahan saya. Saya sentiasa doakan mereka bahagia. Yang sebenarnya saya sangat rindukan anda semua. Maka dalam doa sajalah saya titipkan segala permintaan dan harapan buat anda semua yang saya rindu dan sayang. Wallahua'lam.

Next and more...

Cinta. Hohoho...cinta itu buta. Jangan pernah menyatakan cinta kita pada manusia adalah lebih dari cinta kita padaNya. Itu suatu yang saya sedang cuba lakukan Inshallah. Come on, jangan kata kita tak percaya cinta lagi. Sebenarnya kita memang percayakan cinta. Walau banyak kali kita sedih, kita tetap ada rasa nak cuba lagi. Tetap ada rasa suka pada seseorang. Benar, rasa itu sesungguhnya adalah anugerah dari Allah. Bagaimana kita mengawalnya, terpulang pada kita. Bagaimana saya mengawalnya? Dengan cuba bersabar dan kontrol macho bila terserempak di mana-mana hahahahha. Orang kata seseorang itu tidak hadir dalam hidup kita secara kebetulan. Jeng jeng jeng...Mungkinkah? Hanya Allah yang tahu. =)


Last but not least...

Kucing. Saya sekarang ada 1 anak iaitu Olive dan 3 cucu (tanpa nama buat masa ini). Juga sedang cuba menjadi ibu angkat kucing-kucing di Mybank. Saya bukanlah pandai sangat bab kebajikan kucing ni tapi saya cuba seadanya lah kan. Saya lebih prefer kucing jalanan. Sebab saya pun stail macam jalanan kot hahaha. Tak suka make up, tak suka bling-bling in dressing up, tak suka too outstanding. So, hidup kucing terbiar dan anjing jalanan!!!! Save strays and love more!!!

Nota kaki:

Bertakhta di hati. ZZZZZZZZZZZZZZZZ




No comments:

Post a Comment