Baru balik dari Perak selepas "outstation" selama 4 hari 3 malam. Terima kasih buat klien kami di atas segala kemudahan, belanja makan dan layanan baik yang anda berikan kepada saya dan Bihah. Mohon maaf di atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata dari kami berdua. Tak boleh sebut nama klien tapi staf hotel panggil "FANAS". Tergelak saya dengan Bihah...ehehehhe
Untuk "post" kali ini, saya rasa terharu bila melihat semula gambar-gambar dalam FB. Gambar bersama kawan-kawan dan keluarga sepanjang tahun ini membuatkan saya berfikir sejenak.Ya, saya tidak pernah keseorangan. Saya ada keluarga dan kawan untuk mengadu nasib jika ditimpa malang. Saya ada mereka untuk saya luahkan rasa gembira. Kalau saya ada minat mana-mana lelaki pun, merekalah orang yang akan saya berkongsi cerita. Sepanjang tahun ini, banyak "tagline" menarik antara kami seperti "kerepek", "si kenit", "Takanori", "budak baik", "Justin Bibir", "hamba Allah", "Melaka" dan banyak lagi lah, anda pun boleh sambung senarai tu jika anda bersama saya sepanjang tahun ini. Setiap "tagline" itu mencerminkan cerita-cerita suka dan duka bersama kalian yang pasti menjadi kenangan abadi. Kalau anda belum cukup mengenali saya, saya seorang yang sangat mengingati sesuatu perkara. Saya tak akan lupa setiap detik dalam hidup saya, baik suka ataupun duka. Malah sifat ini dalam kebanyakan masa, memakan diri sendiri. Bila susah nak melupakan terutamanya perkara buruk, saya cenderung menjadi pendendam. Sebab itulah untuk meneutralkan semuanya, saya cuba memaafkan semua orang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang-Credit to ZZ for this so true statement. =)
Tiba-tiba teringat pasal azam tahun baru. Azam umum saya pastilah ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi, azam khusus saya yang pertama ialah cepat-cepat habiskan ACCA. Lepas borak dengan klien pasal ACCA ni, saya lebih bersemangat nak habiskan exam. Ditambah pula niat nak buat benda lain lepas dapat CA (Perghhh berangan...hahahah)..terus terang, saya tak suka akaun. Statement berani mati dari seorang "auditor" ahahhahaa...sebab itu mesti habis exam cepat-cepat supaya boleh buat benda lain pula lepas ini. Mudah-mudahan dipermudahkan...Amin...
Azam kedua ingin menjadi Muslimah yang lebih baik. Juga cuba memperbaiki tutur kata dengan orang di sekeliling. Ini memang satu cabaran buat saya sebab saya ni bukan jenis lemah lembut. Dah biasa "keras di luar lembut di dalam". Susah sangat nak "lembut di luar lembut di dalam". Haissshhhh...Tak mengapa, usaha itu tangga kejayaan. Yang penting, pasang niat dulu..Insyaallah akan dibantu oleh-Nya. Selain itu, berbakti kepada ibu bapa selagi ada hayat...Terima kasih Allah di atas kurniaan-Mu...Hanya Allah mampu membalas jasa mereka.
Azam ketiga resign cepat. Ini lagi satu statement berani mati dari saya. Azam ketiga ni berkaitan dengan azam pertama. Cuma tak tahu yang mana berjaya dicapai dahulu. Kenapa saya nak resign??? Sebab saya nak resign lah...ehehehe...malas nak cakap banyak, matlamat membeli rumah sebelum umur mencecah 30 tahun harus dicapai. Memang rezeki itu Allah tentukan tapi dengan keadaan sekarang....susah sikit lah....kenapa beli kereta sedangkan duit itu boleh disimpan beli rumah??? Kereta itu kan keperluan...Saya dah rasa betapa bila keadaan mendesak, kemahiran membawa kereta memang sangat-sangat membantu. Buat Nor Sobah Jamirin, kereta bukan untuk shopping je tau...ehehehhe....sori bagi ajaran sesat untuk memotivasikan dirimu...
Masa mencemburui saya..azam terakhir saya-----------> Memecahkan tembok dalam hati. Tembok konkrit berpagar besi yang menghalang cinta dari masuk ke dalamnya. Tembok itu sangat canggih sehingga siap dipasang sistem sekuriti digital dengan CCTV sekali. Mudah-mudahan ada Putera Shrek yang akan membawa saya keluar dari tembok tersebut. Buat masa ini, tembok itu terlalu kuat. Terlalu sukar ditembusi. Itulah dia...tembok hati saya yang menunggu masa untuk dipecahkan...siapakah Putera Shrek saya yang bisa menyanyikan lagu merdu buat santapan minda sebelum saya tidur? Siapakah Putera Shrek saya yang akan menjadi Imam buat saya dan keluarga kami nanti? Putera Shrek yang boleh menjadi tempat saya sandarkan bahu dan mengalirkan air mata saat saya berduka dan melompat gembira bersama saya bila saya keriangan? Saya tiada jawapan buat masa ini...semoga azam akhirnya akan jadi kenyataan...Amin..
Selamat Tahun Baru.
Friday, December 30, 2011
Thursday, December 22, 2011
Saya, Adam Adli dan Ilmu
Saat saya menulis ini, saya berada di dalam bilik 'big boss' klien kami. Baru lepas makan nasi kerabu (pertama kali makan nasi kerabu yang kuahnya sangat manis...aduhhh...layan jela). Nak sambung kerja, masih menanti dokumen dari klien jadi saya luangkan sedikit masa menajamkan pena di blog.
Minggu ini otak saya cuba menghadamkan isu Adam Adli. Anda kenal Adam Adli? Saya pun baru kenal siapa dia. Budak TESL UPSI yang menurunkan bendera PM kita. Pertama kali saya tengok gambar dia (cari dalam google je...maklumat di hujung jari kan...=) ) saya terus terbayang pemuzik "indie" di Malaysia seperti Hujan, Bunkface, MUH dll. Tak sangka dia bakal guru. Bagi saya dia memang "cute". Tak jemu melihat wajahnya. Saya sukar nak kata samada saya sokong atau tidak perbuatan dia tapi dari pengalaman saya, memang ada kelompok mahasiswa yang macam beliau. Mahasiswa yang setaraf "Kamikaze" di kampus. Berani melawan pihak pentadbiran universiti, hatta pihak kerajaan sekalipun. Zaman saya dulu, ada seorang pemimpin kami yang namanya saya sangat ingat-Ramadhan Fitri Elias. Sangat vokal dan dikenali malah dibenci oleh TNC kami masa itu, Prof Razali Agus. Bagi saya Ramadhan Fitri memang "legend" walau saya tak kenali beliau dari dekat.
Senang cakap, pernah dengar peribahasa rambut warna hitam, hati lain-lain? Macam itulah mahasiswa di kampus. Ada yang minatnya lebih ke arah seni. Kalau ada Festival Seni, muka mereka pasti ada. Ada pula yang lebih suka belajar di bilik dan kuliah. Orang begini selalu lepak di "library". Ada juga yang suka aktiviti lasak maka hutan-hutan dan gunung-gununglah destinasi mereka atau paling kurang pun wall-climbing atau berbasikal kat mana-mana. Termasuk dalam golongan mahasiswa ini adalah mereka yang suka politik. Atau mahasiswa yang benci bila hala tuju hidup mereka cuba ditentukan oleh pihak lain. Buat ini salah, buat itu salah. Maka lahirlah Adam Adli 1, Adam Adli 2 dan seterusnya. Bagi diri saya sendiri, minat dan kehendak mahasiswa tak boleh dipaksa. Selagi mereka tak mengabaikan pelajaran, biarlah mereka buat apa yang mereka suka. Janji tak malukan keluarga. Janji tak melampaui syariat agama.
Pokok pangkalnya keseimbangan. Buat apa pandai akademik tapi bodoh bila berkomunikasi. Terlalu lurus mengikut acuan buku pun merugikan juga. Lebih baik biar mereka "explore" dunia kampus sepuas-puasnya. Dari situ mereka tahu baik buruknya sesuatu tindakan. Berapa ramai mahasiswa pandai merosakkan diri dengan "kantoi" bersama pasangan di hotel? Berapa ramai mahasiswa pandai yang "kantoi" merempit dan mengambil dadah? Begitu juga mahasiswa pandai yang lupa jasa ibu bapa dan berhenti dari pengajian kerana lari bersama pasangan akibat ibu bapa tak merestui hubungan mereka? Hal ini kita baca dalam akhbar tiap-tiap hari. Semua mahasiswa adalah pandai. Jika tidak mereka takkan masuk universiti. Tapi definisi pandai bagi saya adalah pandai menjaga diri. Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Masa belajar kita belajar. Masa berpersatuan dan berpolitik kita berpolitik. Masa berhibur kita pergilah "karok" atau "shopping" kat mana pun. Masa beribadat jangan pula kita lupa. Ilmu agama pun kena cari juga.Syarat utama setiap aktiviti itu satu saja-Don't go overboard. Bila lupa batas agama dan adat masyarakat, hancurlah mahasiswa itu. Tak apa, boleh bangkit semula cuma, keadaan tidak akan sama lagi. Maka, fikirlah sebelum mengambil apa saja tindakan. Prioritize is the word for all mahasiswa.
Wahhhh...banyak saya menulis hari ini pasal mahasiswa. Sebab apa? Sebab saya dah rasa bila minda dikongkong. Bila melihat kawan-kawan yang baik-baik belaka dibuang kolej hanya kerana perbezaan pendirian politik, hati jadi sakit. Tapi saya sabar. Saya nekad saya akan habiskan 4 tahun pengajian tanpa terlibat dalam apa-apa politik kampus mahupun luar kampus. Tapi saya tak biarkan otak berkarat tanpa pengetahuan mengenai isu semasa. Saya baca semua (semua ke? Rasanya tak larat nak baca semua..ahahha) akhbar dan bahan bacaan lain "mainstream" mahupun "alternative". Hasilnya, saya puas hati dengan apa saja keputusan yang saya ambil sebab saya dah buat kajian yang mencukupi. Sekarang, saya sudah mampu menilai sesuatu isu tanpa rasa "bias". Pokok pangkalnya, jadilah orang berilmu kerana orang bukan sahaja menilai kita dari aspek luaran tetapi juga dari setiap patah kata yang keluar dari mulut kita. Biar kata-kata yang keluar dari mulut kita itu meski ada unsur jenaka mahupun agak bodoh, tetap dipandang ilmiah dan orang lain boleh hormat pada kita. Jangan mencemuh membuta tuli kerana ditakuti kelak memakan diri. Belajarlah menghormati pendirian orang lain juga. Zaman ini zaman teknologi, namun jangan biar teknologi menghakis adab dan budi bahasa kita. Di saat begitu ramai bijak pandai di sekeliling kita, ternyata orang bijak pandai + berbudi bahasa lebih dipandang mulia.
Jadi apakah pilihan kita? Tepuk dada tanya iman...=) Saya pun sedang cuba menambah ilmu juga...jom!!!
Nota kaki:
Saya rindukan seseorang.Fullstop.
Friday, December 9, 2011
Dalam gembira ada duka...itulah manusia...peringatan buat diri sendiri
Salam 1 Malaysia...saya kini bersiaran di pejabat kesayangan saya di Jalan Yap Kwan Seng. Tengah cuti exam tapi gagahkan juga ke pejabat sebab ada kerja belum habis. Mak saya berleter juga tapi nak buat macam mana...huhuhuh...minggu ni baru sempat update blog sebab macam-macam event berlaku..dari majlis BBQ Papa Hero (Mood baik dan gembira) kepada pengebumian Nek Busu (Mood sedih) hinggalah ke sesi memanjakan diri bersama Hafsah semalam, rasanya tak serupa orang nak exam pun saya...adehhh...
Majlis BBQ Papa Hero
Saya berjaya pujuk adik lelaki kesayangan jadi drebar ke Semenyih. Agak jauh perjalanan sebab pertama kali sampai. Sampai-sampai je rasa pelik sebab selama ni kenal di FB je. Tapi kucing-kucing yang comel telah menyatukan kami dalam suasana yang harmoni gitu...kenangan paling tak boleh dilupa bila Hero aka Iyo gigit saya. Mereka-mereka yang ada tak warning Iyo tengah bad mood..sekali hamekkk kau....kenangan manis gitu...Muahhhhhh to Iyo...love Iyo...Juga dapat jumpa si Kembar Along dan Angah dan Mama Hero...sweet banget mereka...nice to know you and also others di majlis tersebut...=) semoga akan ada perjumpaan sebegitu kelak..Insyaallah...
Pemergian Nek Busu
Saya tak lah rapat sangat dengan arwah tapi saya tahu mak ayah dan pakcik makcik semua rapat dengan arwah. Lepas ini tak adalah lagi rendang itik kegemaran kami di pagi raya. Entahlah...yang pasti, kehadiran ramai saudara-mara hari tu memang membuktikan sesuatu-arwah memang baik budi pekerti. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmatNya..Amin...Al-Fatihah buat arwah..
Memanjakan diri hanya dengan RM48
Pernah dengar Milkadeal? Berbaloi-baloi beb...hanya dengan Rm48 saya telah memanjakan diri selama 3 jam...rasa best sangat...tapi nak ambil pakej dia, rasanya belum tiba masanya...hati rasa nak tapi kewangan tak mengizinkan....adehhh...thanks Hafsah for the time spent...
Itulah antara aktiviti berguna saya minggu ini...aktiviti orang bujang...(Hafsah dah kahwin)..saya saja yang bujang...bila orang tanya tak rasa nak kahwin ke? Bila lagi? Saya pun tak tahu nak jawab apa. Memang ada jawapan standard tapi hati ni rasa macam nak enjoy dengan kawan-kawan je. Entahlah...mungkin hajat untuk pilihan hati saya terlalu tinggi? Susah sangat ke nak cari lelaki yang tak suka couple? Susah sangat ke nak cari lelaki yang tak suka usung anak dara orang siang malam pagi petang? Susah sangat ke nak cari lelaki yang tengok kita terus suka tapi nak mencintai kita seumur hidup melalui ikatan yang berkat? Lelaki yang tidak perlukan 5 atau 10 tahun untuk mengenali kita, tetapi kemudiannya jemu dengan kita lepas kahwin???Mungkin saya fikir terlalu banyak...hahahha....layan....saya tahu saya tak sempurna tapi mungkin ada lelaki yang sedikit baik dari saya untuk bimbing saya ke jalan yang lebih baik...Takpelah..saya serahkan padaNya saja...peristiwa membeli kereta menjadi panduan untuk saya..Bila masanya dah tiba, macam sekelip mata saja kereta dah ada depan rumah..punyalah senang segala urusan masa tu...
Saya mahu balik rumah...mahu melayan anak bulus yang comel...anak2 kesayangan mama...mungkin mereka je yang faham saya setakat ini...heheheh...daaaaa....salam 1 Malaysia...
***Benci orang yang menghantar replika TAIK pada Mr Lim Guan Eng...sangat tak bertamadun dan tidak mencerminkan Islam. No wonder ramai yang memilih untuk murtad...sebab orang Islam sendiri gagal menunjukkan contoh Islam sebenar...suka membaca temubual wartawan The Sun, Zakiah Koya dengan pemimpin PAS Kelantan mengenai Hudud...betapa Hudud telah terlalu banyak diburukkan oleh orang Islam sendiri..ahhhh...seronoknya membaca artikel bermanfaat sebegitu...adakah itu membuatkan saya anti-kerajaan dan sokong pembangkang..hanya orang jumud pemikiran gagal mentafsir bahawa yang dibenci bukanlah kerajaan mahupun pembangkang tetapi pemimpin yang korup...sebab???sesiapapun boleh jadi kerajaan...saya bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh kerajaan tapi apa yang perlu saya buat bila Laporan Audit Negara menunjukkan perkara-perkara negatif? duduk diam-diam dalam rumah???Tunggu....saya tahu apa yang baik untuk saya..harapnya anda juga begitu...teruskan membaca dan jangan sempitkan pemikiran..Insyaallah anda akan dapat lebih banyak pengetahuan...baik ianya pasal politik, hiburan,pengetahuan am, agama, isu semasa dan setempat dan sebagainya...selamat membaca kawan2...=)
Tuesday, November 29, 2011
Kucing...=)
Hari ini entri saya sangat-sangat sesuai dengan nama blog saya. Ya, pasal kucing. Seperti yang kita ketahui, kucing merupakan makhluk domestik yang comel. Selain itu, kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah. Ingat lagi kisah Abu Hurairah yang kasihkan kucing? Bagi mereka yang tak suka kucing, susah sikit nak buat mereka faham perasaan bila melihat kucing. Entahlah. Adalah satu kepuasan bila dapat tengok kucing makan, bermain dan tidur. Melihat mata mereka umpama melihat suatu dunia yang bebas dari segala kebejatan. Di saat hati gundah gulana, kucing setia di sisi. Melihat mereka tidur pun dah jadi terapi buat diri saya. Betapa ajaibnya makhluk bergelar kucing ini di mata saya dan mungkin juga pencinta kucing yang lain. Susah lah nak diungkapkan. Senang cerita, anda belalah kucing, baru anda tahu. Tapi kalau tak boleh blah juga, janganlah diseksa mereka. Mereka juga makhluk Allah yang ingin hidup di bumiNya.

Buat Papa Hero sekeluarga, terima kasih sebab menjadi pendorong untuk saya meneruskan kecintaan pada haiwan. Syukur, ibu bapa saya pun memang ajar supaya kasihkan haiwan, tak kira lah apa pun haiwannya. Cuma, pasal anjing, saya mengaku memang dari kecil dah diajar untuk seakan-akan jijik dengan anjing. Cuma baru-baru ini lepas layan blog KakiMotong, minda saya macam dah dicuci untuk melihat anjing dari perspektif berbeza. Sekarang saya macam teringin pula nak pegang anjing. Jiran saya banyak bela anjing, almaklumlah kawasan majoriti Cina. Statement ini kalau kawan-kawan saya yang otak masih anti-anjing mesti pandang semacam pada saya. Tak mengapa lah...semoga Allah makbulkan doa saya untuk cuba berbakti pada makhluknya yang tak berdosa.
Baru-baru ini saya terlihat satu gambar pasal lori bawa babi terbalik. Menurut kawan saya, kejadian itu dah lama berlaku. Yang buat saya panas hati bila Facebookers Melayu Islam rata-ratanya komen kata padan muka la, pegi mampusla dan sebagainya. Saya tertanya-tanya, bukankah babi itu makhluk Allah juga? Layakkah kita selaku hambaNya memberikan penilaian sebegitu kepada babi-babi tu????Entahlah...tak tercapai akal kita manusia biasa dengan segala percaturan Allah, bukan?Wallahua'lam...
Penat lah pulak menghapdet blog ni..tapi best...=) jom layan gambar permata hati saya ya..

Hai saya Putih...saya anak Mama yg paling nakal...ngeh3
Lagi satu...
Hai saya Baby...Mama terpaksa ambil gambar saya tido..sebab saya anti-kamera...hehehe
Saya belum kawin tapi dah ada anak..anak bulus...hihihihihi...apa nak buat, kehidupan orang bujang lah katakan...peace..
Sayangilah haiwan kerana mereka juga berhak hidup di dunia ini...
Sunday, November 27, 2011
Kenangan mengusik jiwa...
Hari ini hari Ahad. Seperti kebiasaan, Ahad ialah cuti umum tapi hari ini istimewa sedikit kerana hari ini juga cuti sempena Maal Hijrah. Esok cuti lagi maka saya dengan gembiranya hanya melepak di rumah hari ini. Kerja? Rasanya dah tiba masa saya memikirkan diri sendiri lebih dari kerja, sekali sekala. Entahlah. Semenjak kejadian baru-baru ini, semangat saya untuk buat kerja 'itu' seakan hilang terus. Saya lebih suka fokus pada kerja lain. Alhamdulillah dah dapat 'review' beberapa kerja adik-adik "Asso" di pejabat. Harapnya semua baik-baik saja kelak. Mungkin terpaksa juga buat kerja "itu". Ikhlaskan hati saja wahai Gadis Kucing...=)

Cakap pasal kerja memang takkan habis sampai bila-bila. Ada orang cakap, jangan jadi hamba kerja. Memang betul sebenarnya. Kerja memang takkan pernah habis. Ada saja yang perlu dibuat. Selagi ada orang memerlukan sesuatu, maka adalah kerja kena buat setiap hari. Malah kajian menunjukkan orang Malaysia adalah antara yang terajin berbanding negara-negara lain. Siap bawa balik lagi kerja mereka. Persoalannya apakah yang kita cari dalam bekerja? Adakah duit merupakan segala-galanya? Entahlah. Bagi saya sendiri, kerja selain memberikan pendapatan, merupakan peluang untuk saya mengenal diri sendiri. Melalui kerja, saya belajar cara untuk bersikap profesional, "cool' dengan semua orang, akur dengan kelebihan dan kekurangan diri dan orang di sekeliling dan sebagainya. Kerja juga membuatkan saya kurang memikirkan hal jodoh yang memang merisaukan. Memang orang kata tak perlu fikir pasal jodoh kerana ianya akan datang dengan sendiri. Tapi, kalau dah semua orang sudah ber"soulmate" dan hanya tinggal saya keseorangan, bagaimana? Tidakkah itu merisaukan tambah-tambah saya ini perempuan? Selalu saya dengar, perempuan itu semakin bertambah umurnya, semakin rendah nilainya. Berbanding lelaki yang semakin bertambah umurnya, semakin tinggi nilainya. Benarkah???? Tepuk dada tanya selera.
Hmmm..baru lepas makan nasi ayam...sedap betul air tangan ibuku...hehe...sebenarnya saya nak ucapkan tahniah buat kawan serumah saya, Nurul Azuma Makmor dan pasangannya Mohd Shazly...kelas kau mariah, aku tulis nama penuh...apa kau nak bagi pada aku???hehehe...bertahun-tahun mereka bercinta akhirnya bersatu jua...semoga kekal ke akhir hayat ya adikku sayang..maka tinggallah Maza, Julie dan Linda yang masih single...termasuklah saya...tak apa, sampai masa kita pun akan tinggalkan zaman bujang ni. Cuma cepat atau lambat saja. Saya terfikir bagaimanakah perasaannya bercinta? Jatuh cinta saya pernah rasa, tapi bercinta tak pernah. Kali terakhir saya kenal rapat seseorang, saya rasa tak sedap hati kalau nak mesra sangat tanpa ikatan sah. Memang saya ditakdirkan bercinta lepas kahwin agaknya. Cuma, tak faham bagaimana perasaan orang yang bercinta siap pegang tangan, peluk-peluk, cium-cium tanpa ikatan sah. Memang ramai yang kahwin akhirnya tapi, entahlah...bukan saya orang yang layak menilai mereka. Cuma, sekian lama kita dimomokkan bahawa cinta mesti begitu. Yang belum diberikan kepada pasangan hanyalah keperawanan. Yang lain semua si dia dah rasa. Wallahua'lam....
Lagi satu perlu di"update" ialah kunjungan saya ke Kerinchi, lebih spesifik lagi 12M rumah kesayanganku...banyak sangat kenangan di sana...rindu sangat dengan segala-galanya di sana...LRT Universiti, UM, Masjid Al-Rahman, Vista Angkasa, Burger Pantai Dalam, Pasar Malam...ahhhhh..kenangan mengusik jiwa betul...

12M masa hujan..syahdunya...rindunya...andai dapat kukarangkan puisi buatmu...Insyaallah saya akan usahakan...=)
Saya rindu segala-galanya...zaman kecil, remaja, kawan-kawan, sepupu, guru dan pensyarah, tak lupa pada seseorang yang sangat istimewa yang entah apa khabarnya sekarang-En. Rosli, saya masih ingat anda...semoga anda sihat sejahtera dengan keluarga. Allah saja bisa menjaga anda..doa saya sentiasa mengiringi anda.=)
Sunday, November 13, 2011
Aku, Dia dan Kamu semua
Salam buat semua...di saat saya menulis ini, anda mungkin sedang bergembira dengan keluarga mahupun rakan-rakan anda. Saya juga begitu. Gembira bersama keluarga yang setia di sisi saat saya berhadapan dengan dugaan terhebat setakat ini setelah pernah diduga dengan cinta dan perasaan sebelum ini. Walaupun keluarga sebenarnya tak tahu pun akan masalah saya ini. Entahlah...dari kecil saya dah biasa simpan segalanya sendiri. Hanya sesetengah orang menjadi tempat saya meluahkan perasaan, itupun tak 100%. Untuk mencapai 100% luahan mestilah dengan pihak satu lagi, yang 24 jam sentiasa bersama saya dan juga anda...itulah Allah, Tuhan yang kita semua orang Islam sembah. Sesungguhnya para Murtadans di luar sana sangatlah rugi kerana mereka tidak mampu untuk merasa adanya pendamping di saat suka dan duka seperti mana yang saya rasa sekarang. Murtadans sekalian, berhentilah menyakiti Allah dengan kata-kata anda itu. Ingatlah, tanpa rahmatNya, anda tak mungkin mampu bernafas sekarang.
Di saat-saat susah begini, tidur saya sesungguhnya tidaklah lena. Sebelum tidur teringat hal itu. Bangun tidur pun hal itu juga muncul di minda. Lepas solat pun begitu juga. Hanya Allah tahu apa yang saya rasa sekarang. Bagaimana hanya kerana Facebook maruah saya dihinjak ke tapak kaki. Hanya kerana Facebook saya dimalukan seperti tidak layak hidup di dunia ini. Hanya kerana Facebook tidak sempat saya buktikan kerisauan hati dan kerja keras saya berbaloi akhirnya. Adakah dunia ini sekarang ditentukan oleh insan-insan di dalam Facebook? Mengapa begitu mudah manusia menilai hanya dengan kata-kata di Facebook? Adakah Facebook boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah sekarang? Adakah Facebook sebahagian dari diri kita di tempat kerja yang membolehkan segala isinya dijadikan asas dalam menilai prestasi kerja? Apakah fungsi Facebook sebenarnya? Kenapa Facebook dicipta? Bagaimana saya mahu mencari orang yang menganiaya saya di Facebook itu? Adakah ia wajar atau mustahil? Atau saya hanya perlu pandang ke depan dan memaafkan siapa pun orang itu?Ini adalah antara persoalan yang saya fikirkan sekarang. Tidak putus-putus soalan-soalan ini keluar dalam minda saya.
Entahlah.Mungkin naluri sebagai juruaudit pun menjadikan saya begini. Dah terbiasa bertanya banyak soalan.Kadang-kadang kita tidak sedar kata-kata kita menyentuh hati orang lain. Dalam keadaan tertekan, kita mungkin terlupa sesetengah hal yang nampak remeh tapi bakal menyusahkan kita di kemudian hari. Dan dengan Facebook dan Twitter, sepantas maklumat tersebar, sepantas itu juga maruah tercalar dan silaturahim terlerai. Adakah ini yang kita mahu hari ini? Tepuk dada tanya selera. Jawapannya ada pada kita semua. Hanya kena ingat, kita bukannya nak hidup sehari dua, dan dunia ini bukan berakhir di sini. Masih ada akhirat untuk kita siap sedia dengan bekalan secukupnya. Jangan hanya kerana Facebook dan Twitter, segala jerih perih kita mengumpul amalan sia-sia sahaja.
Buat kawan-kawan yang setia di sisi jauh dan dekat, terima kasih...hanya itu mampu saya lafazkan. Buat Yuyu, mimpimu tentang aku memang merupakan satu dari kekuasaan Allah. Aku terus menangis saat kau mesej itu. Papai sayang Yuyu selamanya. Papai juga sayang Niesak, Kak Fad, Salsabila, Kak Mas dan Aselehe yang pernah jadi geng lepak kita di 4th College UM. Papai rindu sangat pada semua orang tapi Papai tahu, masing-masing ada hal sendiri...
Buat Natasya@Noura Ramlan, saya mimpi anda Sabtu lepas. Sebab itu saya mesej ajak ngedate. Anda merupakan "my sister figure" saya. Ketabahan anda menambat hati saya selama kita kenal. Nanti kita makan Subway tau...
Buat geng all single ladies ku, tabahlah menghadapi segala dugaan hidup. Barangkali kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita, namun hanya Allah tahu apa yang benar-benar terbaik untuk kita. Barangkali Allah menagguhkan urusan baik kita sebab kita belum bersedia. Bersangka baiklah padaNya kerana Dia tidak sekali-kali akan menzalimi hambaNya. Ada masa kita lepak UM ya. Aku rindu sangat pada UM.
Kepada kawan-kawan sepejabat yang memberi sokongan moral, terima kasih...saya dedikasikan post di blog naif saya ini untuk anda juga. Anda semua antara kawan yang terbaik buat saya saat saya kerja sebagai juruaudit di KHR. Mungkin ada di antara kita akan atau telah terpisah tapi kenangan bersama tetap terpahat di hati saya. Saya mungkin tak sertai semua aktiviti bersama kalian kerana sifat saya yang memang "homely type" suka lepak di rumah saja tapi percayalah, anda semua saya hormat sampai bila-bila seadanya.
Buat seseorang di luar sana, meski anda mungkin tak tahu dan tak akan tahu, saya rasa saya dah jatuh sesuatu pada anda. Mungkin terlalu awal atau hanya cetusan kecil perasaan. Anda memang misteri dan saya suka orang begitu. Orang yang terlalu ramah dan mudah mesra dengan perempuan bukanlah pilihan saya. Harapnya anda tak begitu.Tapi siapalah saya... Biarlah Allah menentukan penghujungnya.
Sesungguhnya saya rasa sedikit lega lepas menulis post ini...Terima kasih semua...Maaf atas segala keterlanjuran selama ini. Salam...
Tuesday, July 12, 2011
Bersih + Patriot + Eagle Ranch - Tracoma =FYR
Dear diary...
Ahhh...what a boring day in Shah Alam. I wish I can just sleep right now. The waiting is too long. Where are my documents, sir/miss??? Oh, we are still preparing them. Also, some are missing so we have to find them. Sigh....
This Friday and Saturday, we will be having our Team Building at Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Sounds like fun, with "Cowboy/Cowgirl" as our theme. I have bought the attires. Just need the neckerchief. Hope there's someone can buy it for me. I wanted a hat but I couldn't find any in red color. I need red color because I need to match it with my all-jeans attires..heheheh...Actually, winning is not my mission. I know, people like me will never win any 'outstanding', 'beautiful', 'best dress' and so on awards. I am too ordinary. Yet, I am thankful to Him for all his givings to me so far. But, I hope that I can at least enjoy the moments together. I hope to get in the same group with the gugurls..."janji tau"....and also "jom kita ON!!!"...=) We shall rock the event!!! Muahahhaha...perasan kan????hihihi
Whatever it is, I just hope that I am strong enough for the event. Recently I have a bad backache. Don't know the reason. Even now, when I sleep, it is painful sometimes. Ahhhh..hopefully everything is okay..Susah bila ada special need ni..dengan lutut lagi...Sigh....
To a person I miss for years now, Miss Ruslida Hussain. Where are you? I miss you. I wanted to send a letter to you but time has always been my major enemy.
To a person I always remember even though you made me cried almost everyday previously, I still miss you. May Allah bless you always. There is a saying that if we love a person, we won't care with whom he/she lives after not choosing us. We love him/her enough to let him/her go and pray for his/her happiness and blessings. So to that person, I love you and will always do. I hope you are okay and happy with your life now.Hope to see you someday but make sure I pun dah kahwin time tu...kalau tak, sedih mak, nyah!!!! hehehe
To my mom and dad, you're the best!! I am not a good girl. I did a lot of mistakes. I am not a good Muslim either. But, your unconditional love has made me think twice for every single bad thing I wished to do. May Allah bless both of you. Hanya syurga selayaknya buat kalian berdua..Love, always.....
I forgot to say something about last Saturday event. Ala, event paling haram tu...haram jadah punya event tu...ironically, its name is BERSIH. I honestly respect those people. I don't think they do it for personal reasons. Who wants to be beaten, sprayed with teargas and water canons when we can just sit and relax while watching TV? Like me? I enjoyed my BERSIH moment with my friends with shopping activities. Hhehehe...I salute to our warriors out there and with that, I declare that I will vote in the coming GE. I will use all my rights. I know that any choice I make, I make it wisely with fair justifications and not just mere hearsay. Let's bring down those clowns!!! =)
Adios!!!
Sunday, June 5, 2011
Updating my Cikai blog...=)
Perghhh...after a year I can finally put some updates in this Cikai page.heheh...
Life is currently bad. Really bad. I need more holiday, seriously. And resigning has always been my priority. Not because of the office or people, but because "Aku dah tak boleh blah dengan audit nih!!!"Hmmm....mengeluh dalam kesyukuran. Is it allowable???I don't have the answers.
My mind is till at Kuala Kubu Bharu and Fraser's Hill....Tomorrow is another boring day at office. Hope I'll be strong...huhuhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)