Wednesday, July 2, 2014

Bila ada kemahuan Inshaallah ada jalan-versi Gadis Kucing

Salam. Dah lama tak update blog. Rasanya penuh 'virtual sawang' dalam blog ini. Krikk..krikk..krikk..

Hampir 2 tahun di Mybank. Ada suka. Ada juga duka. Paling penting perubahan pada pattern pergaulan. Di Mybank aku benar-benar memilih kawan. Buktinya tiada seorang pun warga Mybank menjadi kawan di FB aku. Sebab? Sebab aku tak mahu mereka tahu aku ini siapa. Tulisan-tulisan aku bagaimana. Pandangan peribadi hatta politik aku ke mana. Aku tak perlu mereka menilai aku sesuka ibu bapa datuk nenek mereka. Seperti aku buruk sangka bukan? Seperti aku paranoid pun ada. Ya aku mengaku aku paranoid. Tapi ada satu rasa yang aku paling suka dengan pattern pergaulan begini: TENANG. 

Oh aku lupa. Aku juga tidak termasuk dalam mana-mana group Whatsapp di Mybank. Sama juga rasanya: TENANG.

Anti sosial? Anti establishment? Anti perkembangan semasa? 

You name it. Tapi aku bahagia. Sebab aku tahu, walau mereka bukan kawanku di FB dan Whatsapp, mereka kawanku di dunia realiti. Saat mereka susah baik hal kerja atau peribadi aku tiada hal untuk berkongsi rasa. Dengan cara ini aku sebenarnya meletakkan mereka lebih tinggi: Bukan sekadar teman gosip dan bercerita skandal pejabat. Gosip dan skandal sebenarnya adalah kitaran paling jahanam dalam kehidupan. Hari ini kita gosip pasal si A, esok teman gosip kita burukkan kita di depan si A. Kitaran ini boleh membunuh keihklasan dalam bersahabat. Dengan teknologi sekarang gosip dan skandal susah nak dibezakan dari berita benar. Maka ayuh usaha untuk jauhkan diri kita semua dari gosip dan skandal yang tak membina.

Kebetulan seorang ustaz baru berkongsi tafsiran ayat ini dalam kuliahnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Ayat yang straight to the point. Wallahua'lam.


Kerja. Aku suka dalam bosan. Kadang bosan dalam suka. Kedengaran sama tapi berbeza. Bidang Finance ini memang sangat kritikal di Mybank. Seakan suatu kebanggaan untuk berada di bawah Group Finance. Kebetulan industrinya sendiri adalah keWANGan. Tapi aku bosan sebenarnya. Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang perlu aku buat. Aku hanya mampu luahkan segalanya pada mata pena (maksud aku 'virtual' pena). Aku memang naked nak habiskan ACCA walau apa pun yang terjadi. Cuma motivasinya bukan kenaikan pangkat dan gaji. Motivasinya adalah untuk menghabiskan segala yang aku dah mulakan. Jika diizinkan aku nak kongsi inspirasi aku untuk habiskan ACCA. Ya, bagi aku yang tak berapa pandai, ACCA sangat susah. Tapi banyak aku belajar dari segala kegagalan yang lepas. Ilmu itu bukan bersifat statik di atas kertas soalan dan jawapan. Ilmu itu macam respect juga: harus diEARNed. Ilmu yang didapati dengan jerih payah Inshaallah akan diingati sampai bila-bila. 

Sekarang ini aku tak kisah  berapa lama lagi aku perlu untuk habiskan paper yang berbaki. Sebab aku lebih pentingkan aplikasi ilmu itu sendiri, bukan hanya hafalan jawapan dari spot questions dari pensyarah. Paling penting sekali ialah: Dalam menuntut ilmu, pedulikan kata-kata orang lain yang tak memahami. Biarlah gagal berapa kali pun. Janji kita faham dan belajar dari kesilapan. Lebih baik lagi jika kita boleh kongsi pula ilmu itu dengan kawan-kawan. Maka dari ilmu yang aku sebenarnya tak minat pun, akhirnya ada juga manfaat buat insan lain kalau pun bukan untuk aku.

Oh ya, sila tutup mata dengan segala bayaran yuran dalam Pound Sterling. Untuk ilmu, tiada sempadan wang ringgit yang boleh membeli. Sekali kita ungkit pasal duit, memang hati kita menjauh. Hal seperti lahanatnya ACCA menaikkan yuran dan menyusahkan format exam biarlah diselesaikan dengan cara lain seperti formal complain dan lain-lain. Misi menuntut ilmu dan menghabiskan exam tetap perlu terus. Jika masih gagal mungkin ini boleh memotivasikan:

Konstantinopel tidak jatuh ke tangan Islam dalam masa sekejap. Bergenerasi sebelum Mehmet Fetih akhirnya berjaya. Ada sebab kenapa terdapat gap masa yang lama antara hadis Nabi Muhammad S.A.W dengan kemenangan Mehmet Fetih yang sebenar pada 1453M.

Aku tahu ada lagi satu: Rome does not built in a day. Tapi tak best. Tak Yeezlamic. Hohoho.

Carilah motivasi kita sendiri. Paling penting jangan lupakan Allah. Segala pencapaian kita pada hari ini Allah jua yang mengizinkan. Membesar, habis belajar, kerja, kahwin (isteri itu bukan aku), ada anak (anak itu bukan anakku), semuanya dengan izin Allah.

Cukup dulu di sini. Aku sebenarnya sedang memotivasikan diri untuk menulis. Sedang mencari rentak dan bertatih menulis. Niat di hati nak submit artikel ke blog-blog dan majalah. Ada orang pernah cakap untuk jadi penulis perlu mula dari bawah. Inshaallah aku cuba yang terdaya. Aku tiada ilmu formal penulisan. Cuma kata-kata seorang cikgu masih terngiang-ngiang di telinga aku:

"Fairuz, awak tak payah nak bangga sangat dapat hadiah terbaik Bahasa Melayu karangan. Kalau tak saya yang bagi markah tinggi awak tak dapat hadiah itu".

Kata-kata itu suatu ketika adalah hinaan. Kini ia jadi pegangan. Kalau tercapai hasrat aku ini, Inshaallah akan aku cari cikgu itu walau di mana pun beliau dan aku buktikan tanpa markah tinggi dari beliau aku masih boleh mencapai sesuatu. Sebab aku ada Allah. Allah tahu. Dan aku rasa Allah juga tahu kenapa cikgu itu berkata begitu. 

Salam. Nak juga wish Ramadhan. Tapi tak mengapalah. Faham sendirilah. Rutin harian aku tetap sama: Peek-a-boo si tenang yang mendamaikan lagi menyebabkan tangan rasa nak bagi penampar buaya akibat slownya beliau menyatakan isi hatinya. Tak apa. Masih ada masa. Boleh guna Konstantinopel juga sebagai motivasi. Alangkah ironi tapi Allah lebih tahu. PerancanganNya pasti lebih baik. 

ZZZZZZZZZ....



No comments:

Post a Comment