Saturday, July 5, 2014

Projek accounting knowledge percuma untuk semua by Gadis Kucing

Lepas post yang terkini baru-baru ini seakan ada aura dari dalam diri aku. Nak tahu apa dia? 

Sejak kebelakangan ini aku asyik membaca perihal kurangnya akauntan bertauliah Bumiputera. Ada proposal untuk mendowngradekan graduan kelulusan ijazah sarjana muda tempatan berbanding yang terus ambil professional certificate macam ACCA etc. Lagi teruk ada yang kaitkan dengan kaum sebab seperti yang kita secara umum tahu, yang selalu straight ambil ACCA adalah kaum bukan Melayu. Sebab mereka rasa mereka tiada peluang di universiti tempatan akibat kuota Bumiputera dan lain-lain sebab. 

So, apa kena mengena dengan aku? Kena mengenanya adalah aku juga akauntan. Walau belum bertauliah sebab sangkut paper. Tapi by practice kira lepas lah sebagai akauntan. Hohoho. Akauntan taraf biasa-biasa saja. Belum taraf Chief lagi. Di sebalik tidak minatnya aku dengan bidang ini, aku terus dan terus bekerja dan memerah otak untuk menambah kemahiran dan pengalaman. Walau aku benci dunia korporat keparat, aku rasa aku ditakdirkan untuk berada di dalamnya. Aku tak punya pilihan yang banyak. Untuk aku beralih kepada Operation-Aku malas nak fikir pasal produk dan marketing. Untuk aku beralih kepada Employee volunteerism-Aku suka volunteer tapi bila ada unsur korporat aku rasa pelik. Biasalah korporat, mesti banyak publisiti, dan itu sangat-sangat bukan aku. So aku tetaplah dalam bidang Finance yang agak sesuai dengan aku iaitu tak perlu deal sangat dengan sebarang orang. Banyak deal dengan nombor dan accounting standards yang penuh istilah pelik.

Jadi apa yang cuba aku sampaikan sebenarnya? 

Senang sahaja: Aku akan mula menjadikan kerjaya aku sebagai satu keseronokan.

Bagaimana?

Aku akan kongsikan accounting knowledge kepada sesiapa yang sudi baca blog aku ini. Kalau korang search pasal accounting jarang korang jumpa info dari page orang kita i.e Malaysian. Kebanyakannya dari orang putih. Contoh yang aku selalu jumpa; Accountingcoach.com, Accounting for dummies etc. Dorang ini sangat bagus sebab sudi kongsi ilmu accounting dalam bentuk yang mudah difahami. 

Lagi satu, kalau korang search pasal accounting standard mesti korang takkan jumpa yang betul-betul korang baca sekali terus faham. Betul tak? Of course betul sebab aku antara mangsa bila mencari info pasal accounting standards. So aku tahulah perasaan itu. 

Untuk permulaan aku akan kongsi bagaimana nak mulakan research pasal sesuatu accounting standard. Ya aku tahu korang boleh google. Tapi kenapa korang masih tanya pada kawan-kawan? Sebab korang tak tahu nak google apa kan...maksud aku korang tak tahu nak mula bagaimana. Maka cara paling cepat adalah bertanya pada kawan. Aku faham. Tapi kadang-kadang kawan kita mungkin kesuntukan masa untuk tolong kita. Jadi mengapa tidak kita usaha sikit buat research, then baru tanya kawan untuk pastikan sahaja.

Alamak nak kena tolong mak sediakan menu berbuka puasa. Tunggu ya post akan datang:

1) Cara nak research pasal accounting standard
2) Accounting application untuk item spesifik seperti Inventory, Financial Instruments etc berserta contoh disclosure.
3) Tips-tips exam ACCA dari si pemalas study dan repeaters berkali-kali

Gotta go. Selamat berbuka puasa.

Oh ya. Walaupun aku ada mention pasal akauntan Bumiputera bagai, aku tetap percaya kita adalah apa yang kita usahakan tak kira agama dan bangsa. Ilmu yang aku akan kongsi adalah percuma dan untuk semua agama dan bangsa. Sebab aku skin color blind. Peace.



No comments:

Post a Comment